Tatabahasa
1.
Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi
dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis
2.
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata.
3.
Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah
morfem.
4.
Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah
morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
1.
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur
perkaaan.
2.
Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit
bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu
unit atau satu morfem. Misalnya minum.
3.
Minum tidak
akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi
dan num
4.
Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada
dua morfem, iaitu di dan minum.
5.
Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada
beberapa morfem.
|
Latihan Berapa
bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut:
i.
memperjuangkan
ii.
memperlekeh
iii.
perjuangan
iv.
menduduki
v.
dikasari |
Morfem
dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:

|
Morfem bebas |
Morfem terikat/imbuhan |
|
1.
Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa 2.
mempunyai makna sendiri |
1.
Bentuk
imbuhan, misalnya, mem, per, kan,
ber 2.
Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi
tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya
makna ayat. |
Morfem
terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:
