Latar belakang TUTOR

Tutor.com.my merupakan antara laman web pendidikan pertama di negara ini dalam industri pembelajaran atas talian. Pernah muncul lima terbaik anugerah laman web pendidikan Shell , diperakui yang terbaik oleh agensi dan organisasi pendidikan dan pernah dicadangkan oleh MIMOS mewakili Malaysia ke UNESCO pada sekitar 2003 sebagai laman komuniti pendidikan yang paling meluas penggunaannya.

Laman ini dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai rujukan anak-anak ekspatriat di luar negara yang mahu menduduki mana-mana peperiksaan kebangsaan di negara ini.

Kandungan tutor.com.my yang menepati kehendak sukatan pelajaran serta reka bentuik instruksi yang mudah diikuti, kontemporari serta menekankan elemen kuantitaif dan kualitatif - menjadikannya antara yang releven dan mempunyai akauntabiliti yang cukup tinggi.

Ia terus berkembang - membimbing, mengukuh dan memperkaya pencapaian calon peperiksaan - berdasarkan reka bentuk instruksi yang sesuai diterima pakai oleh semua golongan calon.

Sejajar kematangannya dalam bidang pembelajaran atas talian, tutor.com,.my telah mempermudahkan aspek teknologi supaya memenuhi keperluan insaniah, cakupan teknologi yang lebih digemari seperti telefon pintar, kemudahan akses dan menekankan aspek mutu kandungan brbanding kecanggihan teknologi.

Konsep utama tutor ialah latih tubi - melakukan latihan berulang secara istiqamah bagi menokok kemahiran, memperkuat daya ingatan dan menghurai ketidakfahaman sesuatu topik.

Panduan penggunaan TUTOR

Ibu bapa dan penjaga boleh mengenal pasti minat belajar anak masing-masing dengan melakukan post-mortem sendiri di rumah. Cuba pantau cara belajar mengikut gaya kehidupan anak-anak, khususnya yang telah mencecah usia remaja.

Kajian mendapati purata pelajar di Malaysia suka belajar pada saat akhir, menghabiskan banyak masa dalam dunia siber dan suak belajar bersendirian.

Tetapi awas, tumpuan belajar secara atas talian secara privasi mungkin boleh terganggu jika terampau banyak elemen tidak berkaitan yang menerobos fokus anak dalam dunia siber sehingga akhirnya kembali kosong. Tutor.com.my focus kepada pembelajaran anak anda. Soalan latih tubi yang disusun bermula daripada aras kesukaran yang umum kepada lebih berfokus mampu menggalakkan calon meningkatkan keinginan untuk membuat lebih banyak soalan.

Ia merupakan instrument soalan yang dibina daripada item-item bermutu oleh guru pakar penggubal soalan yang memahami keperluan anak anda untuk berjaya dalam peperiksaan dan seterusnya masa depan mereka. Ibu bapa atau penjaga juga akan mendapat laporan kemajuan anak masing-masing setiap kali calon menjawab soalan.

Guru boleh menggunakan tutor.com,.my sebagai bahan utama pembelajaran dalam makmal komputer di sekolah. Guru boleh menayangkan dan membincangkan setiap soalan ketika sesi di makmal. Guru juga boleh mecetak atau memindah turun bahan untuk digunakan terus ketika mengajar. Soalan yang banyak boleh diekstrak dan digunakan semasa ujian formatif dan sumatif, topical dan diagnostic atau menyisipkan dalam rancangan mengajar sebagai set induksi atau penilaian.

Calon perlu ada sifat dan sikap istiqamah yang tinggi ketika menggunakan laman web ini. Memadai jika calon membuat 10 soalan bagi setiap subjek sehari, ditokok dengan satu klon soalan peperiksaan tahun lepas dan tambahan satu soalan ramalan yang mempunyai jawapan lengkap.

Membuat banyak soalan secara membuta tuli tetapi tidak memahami format soalan dan skema jawapan khusus juga tidak berguna - umpama mencurah air di daun keladi.

Sehubungan itu, pastikan anda menguasai setiap soalan yang anda siapkan dan jangan tergopoh-gapah untuk menghabiskan soalan sepertimana anda bermain permainan video!

Jika anda melanggan tutor.com.my dan membuat ulangkaji secara istiqamah pada setiap hari, maka anda akan telahmembuat lebih 13,000 soalan dalam tempoh setahun. Cukup untuk anda, ditambah dengan inisiatif pihak sekolah, tuisyen dan buku-buku latihan lain yang anda beli di pasaran.