|
|
 |
|
|
PMR :: BAHASA MELAYU
Komponen Sastera Dalam
Pendidikan Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS)
Nota
Pengenalan
|
Insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani
seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai
akan dapat dicapai melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari
hal ini, pada 22 Jun 1999 Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa
semua pelajar sekolah menengah aliran Sastera, Sains, Teknik, Vokasional,
dan Agama diwajibkan mempelajari Kesusasteraan Melayu dan Kesusasteraan
Inggeris. Bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas
mempelajari kesusasteraan, maka penggunaan karya sastera diwajibkan
sebagai komponen dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris.
Komponen
Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat, bermula pada Mac 2000 untuk tingkatan satu dan
tingkatan empat. Kemudian, pada
tahun 2001 Komsas diperluas ke tingkatan dua dan tingkatan
lima
. Pengajaran Komsas dilaksanakan sepenuhnya daripada tingkatan satu hingga
tingkatan lima pada tahun 2003 dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang sulung mengambil peperiksaan dengan kurikulum baru ini pada tahun
2001, manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2002.
|
Mengapa
Komsas?
|
Sebelum
Komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan
sastera dalam pendidikan bahasa. Namun, keberkesanannya dalam aspek
penghayatan nilai tidak membanggakan. Hal ini demikian kerana pengajaran
dan pembelajaran menjurus kepada aspek input bahasa semata-semata. Aspek
nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang tergarap dalam
karya yang digunakan itu tidak diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui
Komsas, aspek-aspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk
meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa.
Satu
hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat
dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya
masyarakatnya. Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak
memadai kerana pelajar mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari
aspek tatabahasanya, tetapi dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya
intelek, daya kreatif dan seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera.
Atas dasar itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan
pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera. Hal ini harus disedari
bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis sikap
penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Tetapi
sebaliknya, penguasan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan
meningkatkan jati diri pelajar. Hal ini jelas tergambar dalam matlamat
pengajaran Komsas.
|
|

|
|
Pelajar
harus menyedari matlamat pembelajaran Komsas bagi memudahkan mereka
mengatur strategi pembelajaran. Belajar tanpa matlamat seumpama kita
belayar di lautan yang luas tanpa hala tuju. Akhirnya akan timbul
tanggapan yang negatif terhadap Komsas.
Ada
yang mengatakan bahawa Komsas sukar dipelajari dan Komsas membebankan.
Maka wujudlah rasa kurang berminat untuk membaca teks Komsas. Tanggapan
yang negatif ini dapat dihapuskan jika pelajar memahami matlamat yang
digariskan tadi.
|
Cetak muka surat ini.
|
|