|
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi
yang bertanggungjawab menggubal atau melaksanakan dasar-dasar negara.
Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu adalah seperti Parlimen,
kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem
kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan :
a.
pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan negeri
b.
kewujudan atau tidak kewujudan raja
Berasaskan pembahagian ini, terdapat sistem kerajaan
persekutuan, kesatuan, konfederasi, republik dan beraja.
Kerajaan
Kesatuan
·
dilaksanakan
melalui pemusatan kuasa, iaitu kerajaan pusat mempunyai segala kuasa
kerajaan
·
Contoh : Malayan Union adalah terdiri dari
Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu
·
Kesemuanya disatukan dalam pentadbiran pusat di Kuala
Lumpur di bawah Gabenor British
·
Kerajaan pusat berhak mengubah kuasa-kuasa atau
sempadan mereka
·
Kerajaan pusat juga boleh membatalkan perundangan
yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan lain
·
Contoh : Britain, New Zealand, Perancis, Sweeden,
Norway dan Denmark
Kerajaan
Konfederasi
·
merujuk kepada persepakatan di antara beberapa buah
negeri melalui perjanjian bersama
·
kuasa kerajaan terletak di tangan kerajaan-kerajaan
negeri
·
Contoh : Jerman (tetapi tidak lagi sekarang ini)
Kerajaan
Persekutuan
·
beberapa buah negeri disekutukan untuk kepentingan
bersama
·
setiap negeri mempunyai sistem pentadbirannya sendiri
dan kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal
ehwal pentadbiran negeri
Kerajaan
Republik
·
ketua negara lazimnya seorang Presiden
·
Contoh : Filipina, India, Perancis, dan Portugal
Kerajaan
Beraja
·
ketua negara adalah raja / ratu
·
hampir kesemua negara yang mempunyai sistem beraja
hari ini, kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan
·
Contoh : Malaysia, Britain – sistem raja
berpelembagaan iaitu raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut
perlembagaan undang-undang
Kerajaan
Demokratik
·
demokrasi
berasal dari perkataan Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kuasa)
·
oleh itu, rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam
menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya
umum
·
antara ciri-cirinya :
a.
semua warganegara mempunyai kelayakan umur tertentu
boleh mengundi
b.
setiap warganegara dibenarkan bertanding dalam
pilihanraya
c.
pengundian pilihanraya dibuat berdasarkan bilangan
undi terbanyak
d.
badan perundangan (Parlimen) terdiri daripada
wakil-wakil yang dipilih
e.
mengutamakan kebebasan, persamaan
dan hak-hak rakyat
Perbezaan
antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan, dan Konfederasi
Persekutuan
|
Kesatuan
|
Konfederasi
|
|
·
Kuasa
kerajaan dibahagikan antara kerajaan pusat, dengan kerajaaan negeri
/ tempatan
|
·
Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa
pemerintahan
|
·
Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang amat
terhad
|
|
·
Setiap peringkat kerajaan
mempunyai autonomi perundangan dalam bidang-bidang tertentu
|
·
Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan
yang diluluskan oleh peringkat-peringkat kerajaan yang lain
|
·
Kebanyakan kuasa terletak di tangan
kerajaan-kerajaan negeri
|
|