Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  STPM > Pengajian Am Bahan Arkib 2002
TIP PMR

Perundangan : Sejarah Perundangan Malaysia

 

NOTA

·        Sejarah perundangan negara kita selari dengan sejarah perkembangan tanah air.

·        Perkembangan sistem perundangan telah melalui pelbagai tahap dan pengaruh asing. Sebagai contoh, Hindu, Islam, Portugis, Belanda dan Inggeris.

·        Kategori undang-undang dari segi sejarah terbahagi kepada 4 :

 

1

Zaman kuno

2

Kedatangan Islam

3

Kedatangan penjajah

4

Undang-undang moden hari ini

 

·        Kategori undang-undang mengikut sistem terbahagi kepada 4 :

 

1

Undang-undang Adat

2

Undang-undang Islam

3

Undang-undang penjajah sebelum Inggeris

4

Undang-undang Inggeris

 

 

 

Undang-undang Adat

 

·        Boleh dikesan sejak wujudnya masyarakat orang asli di Tanah Melayu

·        Bentuk undang-undang ialah tidak bertulis dan mengamalkan amalan kuno

·        Undang-undang adalah berdasarkan amalan dan kebiasaan

·        Setiap kesalahan yang dilakukan akan dihukum

·        Ketua puak (Tok Batin) dengan dibantu oleh golongan tua menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada setiap kesalahan.

·        Apabila masyarakat semakin terdedah kepada dunia luar, terdapat 2 undang-undang adat yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

 

 

Perbezaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung

Asal : Sumatera , Palembang

Asal : Palembang

Penyusun : Datuk Perpatih Pinang Sebatang

Penyusun : Datuk Ketamanggungan

 

·        Cara pemerintahan :

·        Demokrasi

·        Pemerintahan berada di tangan mamak (saudara tertua daripada ibu)

                        

 

Cara pemerintahan :

·        Autokrasi

·        Raja berhak membuat keputusan terakhir

Garis keturunan :

·        Matrilineal – keturunan disusurgalur menurut pihak ibu

Garis keturunan :

·        Patrilineal – keturunan disusurgalur menurut pihak bapa

Hukuman :

·        Berdasarkan pemulihan iaitu yang bersalah hanya didenda

Hukuman :

·        Berdasarkan pembalasan

 

 

 

Undang-undang Adat Sabah dan Sarawak

 

·        Terbahagi kepada 3 :

 

1)     Undang-undang Adat Melayu

·        Lebih penting di Sarawak kerana terdapat ramai orang Melayu

·        Merupakan gabungan antara adat Melayu dan undang-undang Islam

·        Undang-undang adat Melayu ini berbeza dengan enakmen pentadbiran agama Islam Semenanjung

·        Di Sabah, undang-undang adat Melayu lebih dikenali sebagai Undang-undang Mahkamah Adat Orang Islam iaitu untuk orang Malayu Islam

 

2)     Undang-undang Adat Bumiputera

·        Dikhaskan untuk bumiputera bukan Melayu

·        Di Sarawak, ia terletak di bawah pentadbiran Mahkamah Bumiputera Sabah

·        Undang-undang ini tidak meliputi pesalah-pesalah Islam

3)     Undang-undang Adat Cina

·        Adalah untuk kaum Cina di Sarawak

·        Terkeluar daripada bidangkuasa Mahkamah Bumiputera

 

 

 

Undang-undang Islam

 

·        Muncul apabila Islam bertapak di Tanah Melayu pada abad ke 15

·        Undang-undang adat yang ada ditokok tambah dengan unsur-unsur Islam

 

Sumber utama undang-undang Islam

1)     Al Quran

2)     Hadis

4 perkara utama yang dipengaruhi oleh Islam

1)     Perkahwinan dan penceraian

2)     Urusniaga Islam

3)     Timbangan dan Ukuran

4)     Riba

Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam?

 

      Raja

 

 

 

Sistem Undang-undang Sebelum Inggeris 

I.                     Portugis 

·        Sistem Mahkamah Majistret digunakan

·        Hieraki Pentadbiran Keadilan Portugis di Melaka :

 

 

·        Undang-undang Portugis hanya tertakluk kepada penduduk yang beragama Kristian sahaja manakala penduduk yang beragama Islam tertakluk pada undang-undang adat kaum masing-masing

 

 

I.                     Belanda 

·        Sistem Mahkamah Keadilan digunakan

·        Terdapat 3 majlis pentadbiran :


 

Badan

Fungsi

Majlis Keadilan

Pentadbiran keadilan

Majlis Pentadbiran

Pemerintahan

Majlis Khas

Pentadbiran hal ehwal agama

 

     Kesimpulan :

·        Undang-undang Portugis dan Belanda hanya memberi kesan yang sedikit kepada penduduk tempatan kerana majoriti penduduk Melaka beragama Islam dan mereka tertakluk kepada undang-undang adat dan Islam

 

 

 

Undang-undang Inggeris

 

·        Penjajahan British pada tahun 1870an adalah selari dengan dasar imperialisme Barat

·        Perjanjian Pangkor-Perak pada 1874 dan Sistem Residen di Selangor dan Negeri Sembilan dan kemudian di Pahang pada 1888 dan Johor pada 1914 telah menjatuhkan hak politik orang-orang Melayu, pemimpin Melayu dan Raja-raja Melayu

·        Penjajahan British dari segi politik boleh dibahagikan kepada tiga peringkat :

·        Peringkat 1  -  Pengenalan Sistem Residen (1874-1895)

·        Peringkat 2  -  Penyatuan politik British di beberapa negeri (1896 –1909)

·        Peringkat 3  -  Penyatuan semua negeri di Semenanjung (1910- 1956)

·        Sistem undang-undang Inggeris pertama kali telah diperkenalkan semasa pemerintahan Negeri-Negeri Selat menerusi Piagam Keadilan Di Raja yang diperkenalkan di Melaka pada 1807

·        Piagam ini telah menubuhkan Mahkamah Keadilan Pulau Prince of Wales untuk melaksanakan kuasa sivil, jenayah, dan agama

·        daripada sinilah undang-undang Inggeris diperkenalkan

·        1956 – Ordinan Undang-undang Sivil memasukkan undng-undnag Inggeris ke seluruh Tanah Melayu

 

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR