Pengenalan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu SPM
Pengenalan
Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu SPM
Penggunaan karya
sastera sebagai komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 2000 di Tingkatan Satu dan
Tingkatan Empat di seluruh negara. Pelajar mengkaji dan membaca
pelbagai karya sastera berdasarkan genre novel, cerpen, drama, puisi tradisional,
puisi moden, prosa tradisional .
Setiap pelajar akan
membaca sebanyak dua buah novel secara berasingan mengikut zon yang ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan seperti berikut:
|
Konserto
Terakhir (Abdullah Hussein)
Bukit Kepong (Ismail Johari)
|
-
|
Selangor,
Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perlis
|
|
Seteguh
Karya (Tuan Faridah Syed Abdullah)
Terminal Tiga (Othman Puteh)
|
-
|
Pahang,
Terengganu, Sabah dan Sarawak.
|
|
Julia
(Abu Hassan Morad)
Perlumbaan Kedua (Marwilis Hj. Yusof)
|
-
|
Perak,
Pulau Pinang
dan Kedah
|
|
Putera
Gunung Tahan (Ishak Hj. Mohammad)
Di Pulau Hadapan (A.Samad Said)
|
-
|
Melaka,
Johor Bahru dan Kelantan
|
Walaupun terdapat pengagihan novel
untuk setiap zon namun pelajar-pelajar digalakkan membaca novel-novel zon lain
sekiranya ada kesempatan. Lima genre cerpen, drama, puisi dan prosa tradisional,
pelajar di seluruh negara akan membaca setiap karya terpilih seperti yang
termuat dalam kedua-dua buah antologi Anak Laut ( Tingkatan Empat) dan Kerusi (Tingkatan
5).
KERTAS
BAHASA MALAYSIA 1 (1103/1)
Kertas ini mengemukakan enam
soalan yang terdiri daripada soalan karangan pelbagai format yang berbeza dan
membawa 100 markah. Masa yang diperuntukkan
satu jam tiga puluh minit bagi membolehkan pelajar memilih satu tajuk.
Panjangnya karangan tidak kurang daripada 350 patah perkataan. Mulai tahun 2001
, Kertas Bahasa Malaysia 1 akan mengemukakan satu soalan berunsur sastera
sebagai soalan nombor 6.
Jadi mulai tahun ini, 5 soalan pertama akan
berbentuk umum tanpa merujuk komponen sastera. Soalan keenam berbentuk menguji
pelbagai pengetahuan atau kemahiran sastera menyentuh perkara umum, atau isu
yang berkaitan dengan bidang sastera.
KERTAS
BAHASA MALAYSIA 2 (1103/2)
Kertas
Bahasa Malaysia 2 mengandungi empat soalan dan pelajar dikehendaki menjawab
semua soalan yang dikemukakan.
Masa
yang diperuntukkan selama dua jam tiga puluh minit. Sebanyak empat soalan
dikemukakan dan calon diwajibkan menjawab semua soalan yang dikemukakan.
Soalan-soalan yang dikemukakan terdiri daripada:
|
SOALAN
1
|
MERUMUSKAN
KARANGAN
|
30 MARKAH
|
SOALAN
PETIKAN RENCANA
|
|
SOALAN
2
|
TATABAHASA
|
20 MARKAH
|
MENGUJI
PENGETAHUAN KEMAHIRAN TATABAHASA
|
|
SOALAN
3
|
PEMAHAMAN
|
35 MARKAH
|
ANTOLOGI
ANAK LAUT, ANTOLOGI KERUSI DAN PETIKAN UMUM
|
|
SOALAN
4
|
NOVEL
|
15 MARKAH
|
NOVEL
YANG DITETAPKAN :
|
|
i.
|
DI
PULAI HADAPAN
|
|
ii.
|
PERLUMBAAN
KEDUA
|
|
iii.
|
TERMINAL
TIGA
|
|
iv.
|
BUKIT
KEPONG
|
|
v.
|
PUTERA
GUNUNG TAHAN
|
|
vi.
|
SETEGUH
KARANG
|
|
vii.
|
KONSERTO
TERAKHIR
|
|
viii.
|
JULIA
|
Calon
tidak semestinya menjawab berdasarkan satu soalan sahaja. Hal ini bermakna,
ketika menjawab kedua-dua soalan tersebut calon bebas memilih mana-mana novel
yang disenaraikan di atas secara berasingan atau menjawab kedua-dua soalan novel
berdasarkan satu novel sahaja.
Cetak Muka Surat
|