Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  PMR > Geografi Bahan Arkib 2002
Bersekutu dan Bersatu Padu

Geografi Asia :  Kegiatan Ekonomi  -  Perindustrian

Taburan Kawasan Perindustrian di Asia   

a. Jepun

®

®

®

kawasan perindustrian Keihin (Tokyo-Yokohama-Kawasaki)

kawasan perindustrian Chukyo (Nagoya)

kawasan perindustrian Hanshin (Kobe-Osaka-Kyoto)

b. China

®

Anshan-Fushun-Fuxin, Beijing  dan Tianjin

c.  Korea Selatan

®

Yosu - Masan, Pusan - Pohang

d.  India

®

Lembah Damodar- Culcutta-Hooghly, Madurai - Bangalore, Bombay dan Poona

 

Perindustrian di Jepun 

  1. Jepun merupakan negara perindustrian yang paling maju di Asia.  
  2. Jepun adalah pengeluar utama kereta, kapal penumpang dan tangki minyak di dunia.  
  3. Faktor-faktor yang menggalakkan perindustrian di Jepun ialah :-  

      a.      sumber tenaga yang murah, iaitu tenaga hidroelektrik

b.      tenaga pekerja yang  ramai dan mahir  

c.      jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang padat
         dan lengkap  

d.      etika pekerja yang baik  

e.      pemindahan teknologi dari negara-negara barat  

 f.      polisi kerajaan yang menggalakkan perindustrian  


  1. Masalah industri perkilangan di Jepun ialah :-  

      a.      kekurangan bahan mentah tempatan  

b.      pencemaran alam  
c.      kos pengeluaran semakin meningkat  


  1. Jenis-jenis industri yang utama ialah :-  

 

Kawasan Perindustrian

Jenis Industri

Kawasan perindustrian Keihin

- besi dan keluli, membina dan membaiki kapal, bahan kimia, tekstil, makanan dan kejuruteraan elektrik

 

Kawasan perindustrian Hanshin

- tekstil, kejuruteraan, besi dan keluli, petrokimia, sutera dan kain

 

Kawasan perindustrian Kitakyushu

- kapal, besi dan keluli, kejuruteraan elektrik, bahan kimia dan makanan

 

Kawasan perindustrian Chukyo

- kain kapas dan sutera, bahan kimia, kereta dan makanan/minuman

 

 

Perindustrian di China  

  1. Bekalan arang batu dan bijih besi tempatan menggalakkan perkembangan industri besi dan keluli.  
  2. Jenis-jenis industri utama ialah :- besi dan keluli, tekstil dan bahan kimia.  
  3. Kawasan perindustrian yang terpenting ialah :- Anshan, Fushan dan Shanghai.  

Perindustrian di India  

  1. Bekalan bahan mentah tempatan seperti kapas, arang batu dan bijih besi menggalakkan perkembangan perindustrian di India.  
  2. Jenis industri yang utama di India ialah :-  besi dan keluli, kejuruteraan, tekstil dan kimia.  
  3. Industri tekstil merupakan industri yang terpenting dan tertua di India.  
  4. Kawasan dan jenis industri yang utama ialah :-  

 

Kawasan Perindustrian

Jenis Industri

Damodar-Calcutta- Hooghly

- jut, sutera, bahan kimia, besi dan keluli, barangan elektrik dan mesin

 

Bangalore-Coimbatore-Madurai

-  kain kapas, barang elektrik, besi dan keluli, alat-alat mesin dan kereta

 

Bombay-Poona

- kain kapas, kulit, kereta, baja dan pembinaan kapal

 

Ahmadabad-Baroda

 

- kain kapas, rayon dan pembersihan  minyak

   

 Kemajuan dalam Sektor Perkilangan di Benua Asia  

 

a. komputer

- menjamin mutu barangan kilang

 

b. robot

- mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh

 

c. mesin moden

- menggunakan  mesin moden seperti mesin  memintal automatik dan relau bagas automatik untuk meningkatkan pengeluaran.

 

d. kombinat

- di Jepun, industri-industri lama yang telah merosot dikumpulkan di kawasan baru dan infrastruktur moden disediakan di kawasan baru tersebut.

 

e. technobelts

- ditubuhkan di Korea Selatan untuk menyebarkan maklumat teknologi melalui komputer ke  pusat-pusat perindustrian

 

f. SAIL

- ditubuhkan oleh kerajaan India untuk menyelaraskan pembangunan industri dalam sektor awam dan swasta  

g. zon perindustrian

- diperkenalkan di negara China, setiap zon mempunyai sumber bijih besi dan arang batu sendiri untuk  mengurangkan kos mengangkut bahan mentah

 

   

Pengkhususan Perindustrian  

1.            Pengkhususan dalam perindustrian dijalankan di negara-negara yang 
  mempunyai banyak bahan mentah tempatan.
2.            Contohnya:- 
                Getah di Malaysia telah menggalakkan industri berasaskan 
         getah seperti tayar,  kasut, dan sarung tangan.
 

Diversifikasi Perindustrian 

  1. Tujuan diversifikasi (mempelbagaikan industri):
    -   mengurangkan pergantungan kepada satu atau dua jenis 
        industri sahaja
    , contohnya:-
    i)  Kerajaan Malaysia menggalakkkan industri berat selain industri 
        memproses dan industri ringan.
    ii) kerajaan Hong Kong menggalakkan industri elektronik untuk
        mengurangkan  pergantungan terhadap industri  tekstil.  
    iii) kerajaan Arab Saudi menggalakkan pembangunan industri yang 
         tidak berasaskan petroleum dan gas asli seperti simen, 
         kenderaan dan barang-barang keluli.  

 

Kesan Pembangunan Perindustrian Terhadap Alam Sekitar  

 

Punca

Kesan

Pencemaran udara

 

Akibat pengeluaran gas beracun

Menjejaskan kesihatan

Hujan asid

 

Akibat kandungan gas beracun dalam udara

Tanah tidak subur

Pencemaran air

Akibat pembuangan sisa kilang ke dalam sungai / kolam

Hidupan air musnah

   

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR