Retorik
Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.
Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai.
Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:
1. penguasaan tatabahsa
2. penggunaan pelbagai ragam bahasa
3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik
4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.
Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), atau penghujahan.
Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.
| Induktif | Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan. |
| Deduktif | Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus. |
| Analogi | Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario. |
| Naratif | Deskriptif | Eksposisi | Penghujahan |
| - Gaya naratif boleh ditemui
pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah
syarahan yang menerangkan sesuatu.
|
- Menerangkan
atau memerikan sesuatu.
- Menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal. Di tahap yang lebih halus, penulis ada kalanya menggunakan pancainderanya, di samping perasaan hati dan pandangannya. - Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya. - Pengalaman seseorang, watak-watak dalam novel, drama dan sebagainya. - Dengan cara deksriptif ini, penulis boleh menggunakan teknik-teknik induktif, deduktif atau analogi.
|
- Mendedahkan
sesuatu isu, perkara.
-Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik sama ada deduktif, induktif atau analogi.
|
- Cara penulis
menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyookong atau
menunjukjkan sikap berkecuali.
-Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilh berasakan fakta atau bukti yang konkrit. -Kebenaran tidak berasaskan emosi sahaja.
|