Merumus Karangan

1. Merumus bermakna mengolah semula kandungan sesuatu teks dengan gaya sendiri dengan tidak mengubah maksud asal teks berkenaan dan rumusan itu hendaklah lebih ringkas daripada teks asal tetapi memperlihatkan kohesi dan koherennya dengan bahasa yang yang tepat dan kemas.

 

2 Panjang rumus yang dikehendaki ialah antara 180 hingga 200 patah perkataan. Calon-calon juga mungkin diminta membuat rumusan dalam tiga perenggan.

 

3. Kemahiran penting yang terlibat ialah:

i. memahami teks

ii. menyusun dan mengolah idea-idea dan

iii. mempersembahkan idea-idea

 

4. Isi Utama - merupakan perkara yang mendasari keseluruhan petikan. Ia mungkin wacana berlatarbelakangkan sesuatu isu, atau perkara pokok yang diperkatakan. Teknik yang lazim digunakan ialah membaca keseluruhan isi karangan dan kemudian mengenal pasti isi utama dengan mencatat di atas kertas lain.

 

5. Isi sokongan - Jika isi utama mendasari keseluruhan petikan,. maka isi sokongan berfungsi menyokong isi utama dengan cara memberikan huraian, penjelasan dan contoh.

Setelah membaca sepintas lalu untuk mengenal pasti isi utama, baca petikan sekali lagi dan kenal pasti pula isi sokongan. Tandakan isi sokongan yang dikenal pasti.

 

6. Kesimpulan - Jika isi utama mendasari keseluruhan petikan dan isi sokongan berfungsi menyokong isi utama dengan cara memberikan huraian, penjelasan, dan contoh, kesimpulan pula menyimpulkan pembicaraan yang dibuat dalam petikan berkenaan. Anda hendaklah menggarap kesimpulan ini daripada isi utama dan isi sokongan yang dikemukakan.

 

7. Menyusun dan mengolah data
- setelah anda mengenal pasti isi utama, isi sokongan dan kesimpulan bagi petikan yang diberi, anda hendaklah menyusun idea-ideanya. Gunakan isi utama sebagai pendahuluan rumusan, isi sokongan sebagai isi rumusan, dan kesimpulan pada bahagian akhir.

 

8. Mengolah isi 
- isi sokongan yang dikenal pasti hendaklah diolah  dengan gaya sendiri dengan lebih ringkas.

 

9. Mempersembahkan data 
- Setelah mengenal pasti, menyusun dan mengolah idea-idea daripada petikan berkenaan, calon hendaklah mempersembahkannya dalam bentuk sebuah rumsuan tiga perenggan dengan bilangan perkaataan yang diminta.

(kembali ke laman utama)