| 1 | Perkataan
``mempersendakan'' terdiri daripada beberapa morfem. Antara berikut
pecahan manakah yang betul?
A {mempersenda} + {kan} B {mem-}+{persenda} + {-kan} C {memper-} + {senda} + {-kan} D {mem-} + {per} + {senda} + {-kan} E {mem}+{per-}+{sen-}+{da}+{-kan}
|
| 2. | Unit terkecil yang dikaji
dalam bidang morfologi ialah
A fonem B morfem C frasa D klausa E perenggan
|
| 3. | Antara perkataan yang berikut,
yang manakah tidak mengandungi bunyi diftong
I Buah II Automatik III Aising IV Senarai A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II dan III sahaja E II, III, dan IV sahaja
|
| 4. | Antara perkataan yang berikut,
yang manakah mempunyai konsonan pinjaman?
I Veto II Akhbar III Syampu IV Hospital
|
| 5. | Yang manakah betul menunjukkan
pemecahan suku kata bagi perkataan ``mesyuarat''?
A KV + KV + KVK B KV + KV + + V + KVK C KVK + VV + KVK D KV + KKV + KVK E KVK + KVV + KVK
|
| 6. | Yang manakah antara senarai
perkataan berikut merupakan bentuk dasar?
A menang, rakan, kering, bersih B menangis, merakamkan, seruling, diadili C berkata-kata, memperbesar, tertanya-tanya D bertani, bertapa, petapa, kemudi E dimakan, mencurigai, tersurat
|
| 7. | Kajian mengenai sintaksis
sesuatu bahasa melibatkan pengkajian
I bentuk-bentuk ayat II struktur ayat-ayat III binaan ayat-ayat IV makna perkataan A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II dan III sahaja E II, III dan IV sahaja
|
| 8. | Ayat manakah antara berikut mengandungi akhiran -kan
yang membawa maksud ``perbuatan memberi manfaat kepada orang lain?''
I Encik Ali membelikan anaknya sebuah komputer II Cikgu Atan menyerahkan laporan itu kepada pengetua III Akan saya doakan anda semua berjaya dalam pelajaran. IV Akar-akar kayu itu dicarikan oleh Tol man. A I dan II sahaja B I dan II sahaja C I dan IV sahaja D I, II dan III sahaja E II, III dan IV sahaja
|
| 9. | Kata ``cantik'' alah golongan
kata adjektif. Imbuhanbolehmenukar golongannya. Ynag manakah antara
berikut menukar golongannnya kepada golongan kata kerja?
I kecantikan II mencantikkan III mempercantik IV tercantik A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II dan III sahaja E II, III dan IV sahaja
|
| 10. | Antara berikut, ayat manakah
``-nya' ' digunakan sebagai kata pembenda?
I Tempat untuk pengajian diinstitusi pengajian tinggi tempatan sesungguhnya tidak mencukupi II Nampaknya usaha kerajaan memulihkan penagihan dadah kurang memuaskan III Malunya saya apabila dikatakan tidakbertanggungjawab oleh guru IV Pulangnya dia ke kampung diambut dengan tangisan oleh ahli keluarganya. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D II dan III sahaja E III dan IV sahaja
|