Karangan
| 1 | Sukatan pelajaran Bahasa
Melayu STPM menyatakan bahawa pelajar perlu menulis karangan yang
panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan.
|
||||
| 2 | Empat tajuk akan dikemukakan
dan calon-calon perlu memilih satu daripada empat tajuk.
|
||||
| 3 | Sukatan pelajaran
memperuntukkan 50 markah untuk karangan.
|
||||
| 4 | Terdapat empat jenis karangan,
iaitu:
i. rencana ii. laporan iii. ceramah/syarahan/ucapan/pidato iv memorandum
|
||||
| 5 | Karangan boleh dibahagikan
kepada yang berformat atau tidak berformat. Sama ada ia berformat atau
tidak, ia masih mempunyai struktur tertentu. Rumus yang paling umum untuk
mencirikan karangan ialah, ia mempunyai pendahuluan, tubuh dan penutup.
setiap bahagian itu mempunyai perenggan untuk menyatakan tiap-tiap unit
pemikiran.
|
||||
| 6. | Apakah yang perlu anda kuasai
untuk menghasilkansebuah karya yang baik? Sebagai permulaan, anda perlu
faham konsep wacana, laras dan retorik dengan baik, serta mempunyai asas
tatabahasa yang mantap.
|
||||
| 7. | Sepertimana yang dijelaskan
dalam (5) perenggan ialah ``satu kumpulan gagasan (idea) yang didasari
oleh satu gagasan utama (idea utama). perenggan merupakan satu unit
fikiran yang lengkap.''
Ayat-ayat yang mengandungi idea utama dikenali sebagai ayat topik atau ayat judul. Ayat-ayat lain dalam sebuah perenggan dikenali sebagai ayat sokongan. Ayat-ayat ini berfungsi menghuraikan, menyokong dan memperteguh idea utama dalam ayat topik.
|
||||
| 8. | Struktur karangan 1-6-1
Sebagai sebuah wacana, karangan terdiri daripada tiga bahagian iaitu pendahuluan tubuh karangan, dan penutup. Berasaskan panjang karangan yang dikehendaki oleh sukatan pelajaran, iaitu antara 650 hingga 700 patah perkataan, karangan anda sesuai menggunakan struktur 1-6-1, iaitu satu perenggan untuk pendahuluan, enam perenggan untuk tubuh karangan, dan satu perenggan penutup.
|
||||
| 9. | Teknik yang berkesan untuk
menulis karangan di peringkat tingkatan enam ialah menggunakan pendekatan
penulisan akhbar, iaitu prinsip Piramid terbalik, atau Piramid songsang.
|
||||
| 10 | Perenggan pendahuluan
mempunyai fungsi tarikan yang penting, yang akan menentukan sama ada
pembaca berminat untuk meneruskan pembacaan atau tidak.
|
||||
| 11. | Perenggan pendahuluan mesti
menggambarkan tajuk karangan yang diberikan untuk anda buat. Ia merupakan
gagasan idea yang menjadi inti kepada keseluruhan tubuh karangan anda.
|
||||
| 12. | Perenggan penutup berbeza
dengan perenggan lain kerana ia berfungsi menyimpulkan buah fikiran dalam
satu atau dua perenggan sahaja.
|
||||
| 13. | Keutuhan karangan merujuk
kepada kebulatan dan kesepaduan karangan. Ia dicirikan oleh sifat-sifat kohesi
dan koheren. Kohesi merujuk kepada
idea atau isi karangan yang dijalin dengan rapi. Koheren
merujuk kepada kesinambungan ayat-ayat atau perenggan-perenggan yang
membawa idea-idea yang dipersembahkan.
|
||||
| 14. | Beberapa ciri berikut perlu
diketahui oleh pelajar dalam proses memantapkan karangan:
i. Diksi - Pemilihan kata yang sesuai dengan tajuk serta laras karangan. Teknik penggunaan medan kata adalah penting. Daripada medan kata itu, anda boleh pula mencatatkan perkataan yang bersinonim, berantagonis dan sebagainya. ii. Tatabahasa dan ejaan - berhati-hati dengan tatabahasa kerana banyak markah akan ditolak jika berlaku banyak kesalahan tatabahasa. Tunjukkan kematangan anda berbahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Sebagai contoh: bezakan dari dan daripada, ialah dengan adalah, dan sebagainya
|
||||
| 15. | Persediaan mengarang
mengandungi empat kemahiran penting, iaitu:
i. memahami soalan ii. mengumpul idea dengan tajuk iii. membuat medan kata/beberapa kata kunci iv. menyusun idea-idea dan membuat rangka karangan |