Soalan Lazim

Soalan: Apa itu Tutor Infiniti?
Jawapan: Tutor Infiniti ialah laman web pembelajaran secara dalam talian (online) yang boleh diakses menggunakan komputer dan telefon pintar, Laman web ini boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Soalan: Siapakah pengguna Tutor Infiniti?
Jawapan: Pengguna utama Tutor Infiniti ialah murid Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK & SM) bermula dari tahun Empat hingga Tingkatan Lima. Kami juga menganggap ibu bapa dan guru sebagai pengguna kedua yang berfungsi sebagai penyokong dan pemantau kepada pengguna utama untuk memastikan konsep belajar secara konsisten dan istiqamah diamalkan oleh murid. Tumpuan utama sistem pembelajaran Tutor Infiniti ini adalah persediaan ulang kaji melalui latih tubi dan soalan yang dipaparkan adalah secara rawak.
Soalan: Adakah bentuk kandungan Tutor Infiniti meliputi semua subjek peperiksaan yang dan sentiasa dikemas kini?
Jawapan: Kandungan Tutor Infiniti terdiri daripada soalan ulang kaji topikal dan latih tubi peperiksaan yang menyerupai soalan peperiksaan sebenar. Untuk ulang kaji topikal, soalan akan ditambah berdasarkan kekerapan topik disoal dalam peperiksaan. Manakala latih tubi peperiksaan, soalannya bertujuan untuk menguji penguasaan murid.
Pada masa kini subjek-subjek yang ditawarkan adalah seperti berikut:
UPSR (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Matematik / Sains)
PT3 (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Matematik / Sains)
SPM (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Matematik / Sains / Sejarah)

Soalan: Kenapa tiada markah untuk soalan subjektif didalam kad laporan?
Jawapan: Markah hanya direkodkan untuk soalan berbentuk objektif manakala untuk soalan subjektif tiada markah akan direkodkan.
Soalan: Bagaimana untuk melanggan sistem pembelajaran Tutor Infiniti?
Jawapan: Sila layari http://www.tutor.com.my/contents/userguide untuk panduan pendaftaran.
Soalan: Berapa lama tempoh masa untuk akaun diaktifkan?
Jawapan: Bagi pembayaran melalui MOLPay, akaun akan diaktifkan serta-merta setelah pihak MOLPay mengesahkan pembayaran. Bagi pembayaran menggunakan cek, wang pos dan perbankan internet, akaun akan diaktifkan setelah pihak kami menerima slip bayaran dan membuat pengesahan pembayaran.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh emel kepada [email protected].