Wacana
| 1. | Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. | ||||||||||||||||||||||||
| 2. | Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. | ||||||||||||||||||||||||
| 3. | Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. | ||||||||||||||||||||||||
| 4 | Kamus Dewan mentakrifkan
wacana sebagai:
i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan' ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen). |
||||||||||||||||||||||||
| 5. | Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. | ||||||||||||||||||||||||
| 6. | Oleh kerana sifatnya yang
lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a. pendahuluan b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal) c. penutup d. graf, jadual, peta dan statistik.
|
||||||||||||||||||||||||
| 7. | Ia dapat digambarkan seperti
berikut:
|
||||||||||||||||||||||||
| 8. | Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. | ||||||||||||||||||||||||
| 9. | Wacana mempunyai penanda, juga
dikenali sebagai penanda wacana.
|