| 1. | Berhubung asal usul perkataan
Melayu, terdapat beberpa bukti sejarah yang ditemui sejak kurun ketujuh
masihi. Di antara yang berikut, yang manakah dikaitkan dengan penggunaan
kata Melayu:
I. Kerajaan Mo-lo-yeu mepersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644 Masihi. II. Catatan seorang rahib Buddha, bernama I-Tsing, yang menggunakan kata Mo-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya, sekitar 675 masihi. III. Batu Bersurat Gandasuli, Batu Bersurat Kedu dan Batu Bersurat Kota Kapur. IV Catatan pengembara China yang mengunjungi kota-kota di Nusantara, bahasa yang dituturkan oleh anak-anak negeri ialah Kw'un Lun. A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II, III dan IV. D. II sahaja E. IV sahaja
| |||
| 2. | Kebanyakan ahli sejarah dan ahli
bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama,
kecuali
A. Bahasa Melayu Kuno B. Bahasa Melayu Klasik C. Bahasa Melayu Moden D.Bahasa Melayu Teknologi Maklumat
| |||
| 3. | Siapakah Bapa Kesusasteraan
Melayu Moden?
A. I-Tsing B Za'ba C Abdullah Munshi D Ismail Hamid | |||
| 4. |
| |||
| 5. | Keluarga bahasa yang tergolong
dalam rumpun bahasa Austronesia ialah
A Melanesia, Mikronesia, Nusantara dan Tibet-China B Melanesia, Mikronesia, Nusantara, dan Polinesia C. Austorasia, melanesia, Mikronesia, dan Nusantara D. Tibet-China, Polinesia, Melanesia , dan Nusantara
| |||
| 6. | Ciri-ciri bahasa Melayu kuno
yang terdapat pada batu-batu bersurat ialah
I e pepet selalunya digugurkan atau diganti dengan a II terdapat kosa kata bahasa Arab yang menonjol III awalan ber- ditulis sebagai mar- IV huruf b dalam bahasa Melayu moden adalah huruf w pada batu bersurat A. I dan II B II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
| |||
| 7. | Kata amarah, ceritera dan
sanya adalah contoh bahasa bahasa Melayu
A.Klasik B. Kuno C. Moden D. Pasar
| |||
| 8. | Ciri-ciri bahasa Melayu kuno
ialah:
I Penggunaan perkataan bahasa Sanskrit II Penggunaan geluncuran [w] untuk letupan bibir [b] III Penggunaan awalan mar- dan ni- IV Tidak menggunakan sebarang imbuhan A. I dan II B. II dan III C. I, II dan III D. I, II, III dan IV
| |||
| 9. | Tulisan bahasa Melayu kuno yang
digunakan dalam batu bersurat yang ditemukan di Gandasuli ialah
tulisan
A Rumi B. Kawi C Palava D Nagiri
| |||
| 10. | Antara yang berikut, yang
manakah maklumat benar tentang bahasa-bahasa Nusantara?
I Dikatakan berasal dari daerah Yunan, selatan Cina II Mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak III Tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia IV Tersebar sampai ke Fiji dan Hawaii A I dan IV B II dan III C II dan IV D I, II dan III
|