Latihan

1. Manakah di antara berikut merupakan sebuah wacana?

I Esei

II Laporan

III Minit mesyuarat

IV perbincangan

 

A. I dan III

B II dan III

C I, II, III dan IV

D III dan IV

 

2. Pilih pernyataan yang betul mengenai wacana

A. Mengkaji fonem sebagai unit yang terkecil

B  Mengkaji ayat sebagai unit bahasa dan unsur-unusr yang membentuk ayat

C. Peringkat fungsi kepada fonem, morfem, kata, frasa, klausa dan ayat.

D  Merupakan peraturan tatabahasa

E. Himpunan ayat yang betul dan tepat

 

3. Berikut merupakan beberapa definisi wacana yang boleh diterima kecuali

A. Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan

B. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah)  atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen)

C  Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kelimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang  berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

D. Mempunyai struktur, iaitu ada pendahuluan, tubuh, dan penutupnya dan boleh disampaikan secara lisan dan bertulis.

E. Bentuk teks sahaja dan terdiri daripada noverl-novel sastera dan satira.

 

4. Unsur-unsur paralinguistik di dalam sesebuah wacana ialah

I tanda baca.

II cetakan tebal/miring.

III graf, jadual, peta dan statistik.

IV nada, tekanan, gerak-geri anggota badan.

 

A. I dan III

B. Tiada satupun daripada pilihan jawapan

C. I, II, III dan IV

D. IV

E.  I, II dan III

 

5. Pertalian antara idea dengan idea dalam satu perenggan dan antara perenggan dengan perenggan dalam keseluruhan wacana dikenali sebagai

A. Kosa kata

B Isi

C Tatabahasa

D Ketenunan

E  Retorik

 

6. Penanda wacana merujuk kepada

I koheren

II kohesi

III Pengulangan kata

IV Kata ganti nama

 

A I dan II

B I, II, III dan IV

C I dan IV

D IV sahaja

E II, III dan IV

 

7.
Berbentuk penceritaan sesuatu peristiwa mengikut urutan kejadian yang berlaku dengan tersusun dan logik. Sesuai untuk laporan berita sesuatu kejadian, laporan kegiatan, laporan tahunan persatuan, minit mesyuarat dan penerangan tentang sesuatu kegiatan.

Pernyataan di atas merupakan pernyataan kepada gaya, atau merupakan pilihan mod wacana jenis

A. Deskiptif

B  Naratif

C  Eksposisi

D  Penghujahan

C  Cereka klasik

 

8.
``Seramai 5,000 pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) didakwa gagal meneruskan pengajian ke tahun akhir kerana ketiadaan sokongan kewangan daripada penaja masing-masing. Beberapa pelajar memberitahu Utusan Malaysia, masalah itu timbul kerana kegawatan ekonomi yang melanda negara baru-baru ini. Sementara itu.....''
Pernyataan di atas merupakan gaya penulisan berbentuk

A Naratif

B. Deskriptif

C Eksposisi

D Penghujahan

E Cereka Klasik

(kembali ke laman utama )