Latihan Merumus Karangan.
Baca petikan di bawah dan tuliskan satu penyataan tentang isi utama, isi sokongan dan kesimpulan.
| 1. | Apabila pengarah Oliver Stone menghasilkan filem Born The Fourth of July, karyawan di Amerika Syarikat tidak pernah mendakwa filem itu sebagai sebuah karya patriotik. Hal yang sama juga apabila muncul filem Black Hawk Down mengenai tentera Amerika di Somalia. Black Hawk Down tidak dikelaskan sebagai filem patriotik sekalipun pengisiannya cukup patriotik kepada Amerika. Begitu juga dengan filem picisan seperti Missing In Action, First Blood dan banyak lagi yang menjurus kepada patriotik Amerika menerusi karya filem. Tetapi filem-filem ini tidak dilabelkan sebagai filem patriotik sebaliknya filem aksi. Tetapi bagi siapa yang menonton pasti akan dapat menangkap maksud sebenar filem-filem aksi jenis ini yang bertujuan mengangkat imej Amerika. Malah ada filem yang tidak ada babak-babak peperangan juga digunakan untuk memaparkan patriotik terhadap Amerika. Patriotik sebenarnya tidak perlu dilabelkan kepada mana-mana karya seni. Ini memungkinkan rasa bosan di kalangan khalayak. Hal yang sama juga dengan menjadikan filem atau teater alat memaparkan sejarah. Untuk belajar sejarah bukanlah di pentas teater atau di panggung wayang. Sejarah tidak akan ditemui di tempat-tempat seperti ini. Penonton ke pentas teater atau panggung wayang untuk melihat sebuah karya seni. Bukan untuk belajar sejarah atau untuk mempatriotikkan diri. Kerana itu sama ada karya itu ada nilai sejarah atau patriotik bukanlah perkara utama yang diperlukan oleh khalayak. Label patriotik dalam karya sama ada filem, teater atau sastera tempatan telah digunakan dengan sewenang-wenang. Kerja karyawan ialah menghasilkan karya bukan memberi label tertentu terhadap karya mereka. Malah makna patriotik itu sendiri sangat luas dan bukan saja berjuang menentang penjajah. Patriotik tidak boleh hanya dilihat perjuangan kemerdekaan semata-mata. Ini akan menjadikan ruang litup patriotik itu kecil dan mengabaikan karyawan lain yang memaparkan patriotik daripada jurus yang lain. Dalam konteks karya teater dan filem negara ini, patriotik selalunya menjurus kepada penentangan penjajah atau perjuangan menghalang Malayan Union semata-mata. Malah lebih malang lagi apabila patriotik, sejarah dan kepentingan karya seni saling berbaur antara satu dengan lain. Sebaiknya harus ada sempadan tertentu supaya keperluan sebuah karya tidak terabai oleh keinginan memaparkan sejarah atau menjadikan penonton berjiwa patriotik. Apakah perkara utama yang dituntut oleh khalayak apabila berdepan dengan sesebuah karya sama ada teater atau filem? Misalnya sebuah teater atau filem dikatakan bersemangat patriotik. Apa yang perlu didahulukan antara keperluan sebuah karya dan nilai patriotiknya? Misalnya berapa orang menjadi patriotik selepas menonton teater Anugerah yang dipentaskan di Kuala Lumpur baru-baru ini? Anugerah dikatakan patriotik kerana menyingkap perjuangan Kaum Ibu yang sama-sama menuntut kemerdekaan. Teater ini dipentaskan dua kali dalam masa empat tahun. Tetapi yang dikhuatirkan ialah penonton akan bosan kerana mereka sebenarnya bukan menonton sejarah atau hadir kelas menyemai semangat patriotik.
|
| 2. | Fahami petikan di bawah ini dan
kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa
menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan
tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180
hingga 200 patah perkataan.
Selepas hampir 10 bulan Sidang Kemuncak ASEAN Ketujuh dan ASEAN+3 bersetuju dengan idea penubuhan Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG) di Bandar Seri Begawan, Brunei, Menteri-Menteri Luar ASEAN bertemu di lokasi yang sama untuk menghuraikan beberapa keputusan dan cadangan yang telah pun diputuskan oleh ketua kerajaan masing-masing.
|