Latihan Alih Bentuk Teks

 

Alih bentuk bahasa petikan berikut kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden.

 

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DAN REGINAL CENTRE FOR EDUCATION  IN SCIENCE AND MATHEMATICS

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa Universiti Pendidikan Sultan idris (UPSI) akan mengadakan Memorandun Persefahaman Antara UPSI dan Regional Centre for Education in Science and Mathematics seperti berikut:
 

Tarikh: 19 Julai 2002 (Jumaat)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Dewan Kuliah Pusat, UPSI.

 

Sehubungan itu, pihak UPSI amat berbesar hati sekiranya tuan/puan atau wakil tuan/puan hadir membuat liputan mengenai majlis tersebut di akhbar/stesen tv/stesen radio tuan/puan.
Bersama-sama ini disertakan maklumat berkenaan majlis tersebut untuk rujukan tuan/puan. Kehadiran, kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan majlis ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

(kembali ke laman utama)