Kata Pemeri
Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
| ialah | adalah |
| Digunakan sebelum
predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dean frasa utama
dalam predikat.
contoh: Tindakan kerajaan menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar. |
Digunakan sebelum
predikat sebagai huraian bagi frasa subjek.
Frasa predikat biasanya menjawab soalan ``apakah'' Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis.
|