![]() |
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
| Ayat Majmuk Pancangan | |||||||||
| Ayat Relatif | Ayat Komplemen | Ayat Keterangan | |||||||
| Ayat relatif terdiri daripada
satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau
ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung. Perhatikan contoh berikut:
Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.
|
Ayat majmuk
komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang
seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.
Perhatikan contoh berikut:
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.
Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif. Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.
|
Ayat
majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama
dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada
predikat.
Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:
|
|||||||
Perhatikan pula contoh yang
berikut:
|
Lihat contoh
berikut:
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.
Lihat contoh berikut:
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.
|
||||||||
Perhatikan lagi contoh berikut:
Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.
|
|||||||||