Alih Bentuk Teks
| 1. | Sukatan pelajaran mentakrifkan mengalih bentuk teks sebagai ``mengubah pelbagai betuk teks dengan mengekalkan kandungan asal sepenuhnya.'' bahan-bahan yang akan dialih adalah puisi lama (syair), puisi baru (sajak), prosa klasik, prosa moden (cerpen, novel, drama) dan pelbgai bahan moden (iklan, dokumen undang-undang, memorandum). Dalam peperiksaan sebenar STPM, calon basanya akan diberikan dua pilihan soalan, dan dikehendaki memilih salah satu. | |||||||||
| 2. | Puisi - pengenalan:
Terbahagi kepada, i. Puisi lama - syair dan, ii. Puisi baru - sajak. Syair merupakan puisi yang bersahaja yang terdiri dairpada empat baris yang sama bunyi sekurang-kurangnya pada satu suku kata di akhir tiap-tiap baris. Syair mengisahkan cerita dongengan atau kejadian padasesuatu asa, nasihat dan hal-hal keagamaan. Tema syair sebenarnya pelbagai Mencatat isi: Baca petikan sekali lalu dan fahami maksudnya mengikut konteks serta kenal pasti isi-isi utama dan isi-isi sokongan jika ada. Tandakan perkataan-perkataan yang sukar dan cuba cari medan maknanya mengikut konteks penggunaannya dalam puisi. Mengalih bahasa bukan bermakna menterjemahkan teks. Oleh itu, jika ada makna kata yang tidak difahami, cuba memahaminya mengikut konteks ayat. Mempersembahkan isi: Tuliskan prosa anda berdasarkan catatan yang telah anda buat tadi. Adalah penting bagi anda menyusun prosa mengikut kronologi atau urutan asal syair. Namun, ada kalanya, urutan syair tidak sesuai, maka anda bolehlah mengikut urutan sendiri. Pastikan semua isi yang tercatat terdapat dalam jawapan. Paling penting sekali ialah jawapan anda perlu menepati kehendak sebuah wacana yang koheren dan kohesi. Teknik mengalih bahasa untaian demi untaian (setiap untaian ada empat baris) merupakan kaedah yang paling berkesan. Lihat contoh di bawah:
Daripada catatan yang telah anda buat di atas, bolehlah anda mempersembahkan syair di atas kepada bentuk prosa anda sendiri seperti contoh berikut:
|
|||||||||
| 3. | Teknik yang sama boleh anda gunakan untuk mengalih bahasa prosa jenis lain, puisi lama (syair), puisi baru (sajak), prosa klasik, prosa moden (cerpen, novel, darama) dan pelbgai bahan moden (iklan, dokumen undang-undang, memorandum). |