![]() |
Frasa
Nama
Ingat,
frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika
terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas
awam
Basikal
adik
Basikal
Raleigh
Contoh di
atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang
menyusul ialah penerang frasa.
Rumus
Frasa Nama (FN)
Kata yang
diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau
penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum
D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang
goreng
Sungguhpun
begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat
beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan
mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
|
Frasa
Nama |
Nota |
|
|
Penerang |
Inti |
|
|
Perdana
|
Menteri |
Penerang
nama jawatan |
|
Tuan
|
Ahmad |
Penerang
gelaran/panggilan |
|
Timbalan |
Menteri
Pelancongan |
Penerang
nama jawatan |
|
Frasa
Nama |
Nota |
||
|
Bilangan |
Penjodoh
bilangan |
inti |
|
|
Lapan |
bilah
|
pedang |
Penerang
kata bilangan dan penjodoh bilangan |
|
Semua |
- |
murid |
Penerang
kata bilangan |
|
Enam
|
ekor |
buaya |
Kata
bilangan dan penjodoh bilangan |
Selain
daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang
menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh
penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
Contoh:
|
Inti |
Penerang
Adjektif |
Penerang
Kata Nama/Frasa Nama |
Penentu
belakang |
|
Kereta
|
berkilat |
ayah |
itu |