Laman Utama
Sekolah-sekolah Cemerlang
Pemilihan Mata Pelajaran Elektif
 Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] Tahun 2001

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] adalah peperiksaan kebangsaan yang utama, yang ditadbir secara berpusat dan diambil pada akhir tahun lima pendidikan menengah.Objektif ini ialah untuk pensijilan. Sijil SPM merekodkan pencapaian Pelajar yang boleh digunakan bagi kemasukan ke pendidikan pasca menengah dan bagi tujuan pekerjaan.

Mulai SPM 2000 dan diikuti oleh SPM 2001 pencapaian dilaporkan mengikut gred mata pelajaran, seperti berikut:

                            1A  Cemerlang
                            3B,4B,5C,6C  Kepujian
                            7D,8E  Lulus
                            9G  Gagal
   

Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2001

Peperiksaan SPM 2001 telah dijalankan pada 5 November hingga 30 November 2001 di 2,596 pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 383,869 calon telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan bertulis SPM 2001.Daripada jumlah ini 332,o27 orang atau 86.5% adalah calon sekolah swasta, 16,940 orang atau 4.4% adalah calon Sekolah Kerajaan Negeri dan tajaan badan-badan tertentu dan 21,769 orang atau 5.7% adalah calon persendirian/ perseorangan.

Sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan, satu Mesyuarat Penentuan Standard sebagai prosedur jaminan kualiti dijalankan bagi memastikan keputusan yang tepat dan adil dalam menentukan sempadan peringkat [gred] bagi setiap kertas peperiksaan.

Buat pertama kalinya Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) diberi kepercayaan untuk mengadakan majlis pengumuman keputusan di Dewan Besar Lembaga Peperiksaan sendiri.

 

   
   
   
   
Prestasi  Keseluruhan Prestasi Mengikut Mata Pelajaran Prestasi Calon Kecermelangan Sekolah
Bilangan dan peratus layak mendapat 'sijil' dan 'penyataan' mengikut kategori sekolah adalah .....
           seterusnya
Prestasi pada peringkat lulus [1A-8E] bagi semua mata pelajaran teras dan elektif adalah........
           seterusnya
Dilihat daripada sudut kecemerlangan calon, SPM 2001 telah menghasilkan 439 calon yang.....
          
seterusnya

74 buah sekolah telah terpilih untuk mengisi senarai sekolah cemerlang dalam SPM 2001. Sekolah-sekolah tersebut ialah.....

seterusnya