Pasir Hitam

Pantai yang unik ini terletak 19 kilometer dari Pekan Kuah. Kawasan yang benar-benar pasirnya berwarna hitam kelihatan berselerak di sana-sini pantai.
Sebahagian besar telah berbaur dengan pasir berwarna putih. Pigmen berwarna hitam itu mungkin berpunca daripada proses pengoksidaaan yang berlaku di permukaan dasar lautan.
Pantai ini
agak tersembunyi kerana ia terletak di kawasan curam bertangga menuju ke pantai.
Air laut di sini adalah jernih untuk anda bersuka ria sambil
bermandi-manda.