Bagaimana Unsur Patriotisme Dapat Dipupuk
1. Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.
2. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:
a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.
b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara.
c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis.
d. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan
e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan
f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
3. Anda perlu merujuk kepada buku panduan ``Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah,'' Pusat Perkembangan Kurikulum 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program itu.
4. Dalam program edutourism ini, guru boleh menyelitkan unsur-unsur tertentu untuk menerapkan unsur-unsur patriotisme.
5. Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:
a. kerja projek
b. permainan
c. simulasi
d. lakonan
e. drama
f. perbincangan
g. lawatan