Kemahiran menyelidik
1. Bahan Kajian Tempatan
2. Bahan Kajian Sejarah
3. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
4. Nilai-nilai patriotisme
- Matlamat pemumpukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkepribadian Malaysia
- Tujuan membawa pelajar ke Galeria Perdana adalah untuk:
a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara
b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, banga dan negara
c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis
d. memahami danmenghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan.
e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakatserta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya, dan,
f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
Kemahiran berfikir dan kecerdasan pelbagai
Pelbagai kecerdasan boleh diterapkan ketika mengaplikasikan modul pelancongan pelajar di sini.
1. Kecerdasan intrapersonal
- Boleh dikembangkan di sini apabila pelajar membuat pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya.
2. kemahiran bahasa
- menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.
3. Menilai
- pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif.