Taman Buaya

Kemahiran Menyelidik

1. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Pelajar akan dapat mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan.

Cadangan Langkah Pengajaran:

a. Pengenalan atau set induksi: Untuk merangsang atau mengulang kaji

Tanya atau suruh pelajar:

Menamakan spesies-spesies buaya yang ada. Apa ciri-ciri reptilianya.

b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran.

Dengan bantuan papan penerangan yang diletakkan pada kolam buaya, adakan perbincangan dengan pelajar.

Tanya pelajar:

c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran

Pelajar mengecam setiap buaya berdasarkan sifat-sifat fizikalnya.

d. Aplikasi atau ciptaan: Untuk mengaplikasikan atau mereka cipta sesuatu.

Pelajar membuat jadual sifat fizikal haiwan dan menunjukkan hasilnya kepada pelajar lain.

Contoh jadual:

Spesies buaya Sifat fizikal
Spesies A Muncung menirus, kulit kekuningan, struktur gigi yang mengkhusus.
Spesies B ......................................................
Spesies C ......................................................

Kemahiran Berfikir dan Kecerdasan Pelbagai

Logik matematik

Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran:

i. Menaakul secara logik

ii. Membuat kiraan

iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir

iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan

v. Membuat keputusan

vi. Menyelesaikan masalah

Tutup Tetingkap