Kemahiran menyelidik
1. sejarah
2. kajian tempatan
3. Bahan pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Berfikir dan Kecerdasan Pelbagai
1. Merumus dan meringkaskan sesuatu maklumat
2. Membuat generalisasi atau hipotesis
-Pelajar anda harus boleh mebuat generalisasi atau hiptesis dengan mendapatkan satu pola dan membuat satu pernyataan umum atau hipotesis.
Contoh: Replika rumah Mahsuri terdapat pelbagai peralatan memproses padi. Apakah inferens atau kesimpulan awal yang boleh anda buat?
3. Mentafsir
Pelajar anda harus boleh mentafsir perkataan, ayat, gambar, atau graf.
Contoh: mentafsir ayat berikut:
Kini tujuh generasi telah pun berlalu dan sekali lagi Langkawi telah dilimpahi dengan kemakmuran dan pelbagai projek pembangunan.
4. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat.
5. Mengenal pasti pernyataan `benar' atau `palsu'
6. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah
7. Menilai
Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita, atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif.