UKM Tawar Tempat Kepada Aishah

BANGI 18 Jun _ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menawarkan tempat pengajian kepada generasi ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi, apabila gadis itu menamatkan persekolahan di negaranya.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Anuwar Ali berkata, tawaran untuk menjadi universiti angkat kepada Aishah itu diharap akan mendorongnya belajar dengan lebih tekun.

``Kami berpendapat, jika Aishah berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti serta mendalami bahasa Melayu, UKM adalah tempat terbaik untuk beliau.

``Kita bersedia menerima Aishah untuk mengikuti pengajian sama ada secara sepenuh masa atau pengajian jarak jauh tanpa sebarang bayaran,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan semasa ditemui pada Majlis Pendaftaran dan Ikrar Mahasiswa Pengajian Jarak Jauh Sesi 20002001 di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Dr. Anuwar, pihak UKM akan berhubung dengan keluarga Aishah dalam masa terdekat untuk menyampaikan hasrat tersebut.

``Kita akan hantar wakil untuk berjumpa dengan Aishah serta keluarganya bagi membincang tawaran tersebut.