Pantai Kok

Mendapat namanya daripada perkampungan nelayan berdekatan. Pantai Kok adalah lokasi paling tepat untuk menikmati matahari mencecah bibir horizon pada waktu Maghrib. 

Pantai yang panjang ini terletak di sebelah barat Pulau Langkawi. Panorama pokok kelapa yang melambai apabila ditiup angin menghidupkan lagi suasana semulajadi yang artistik di sini.