Pantai Cenang
Dihiasai secara semulajadi dengan pokok kelapa dan ru, Pantai Cenang merupakan destinasi kegemaran para pelawat yang datang ke Langkawi.
Terdapat banyak chalets dan resorts di sini, yang menyediakan pelbagai jenis sukan air seperti skuter air dan luncur angin.
Para
pengunjung boleh menyewa bot untuk mengunjungi pulau-pulau (island hoping).
Pulau yang paling hampir ialah Pulau Rebak Kecil dan Pulau Rebak Besar.
Kedudukan pantai ini juga cukup strategik kerana hanya terletak tiga kilometer
dari lapangan terbang di Padang Matsirat.
Pantai Cenang paling cepat membangun jika dibandingkan dengan pantai-pantai lain di Pulau Langkawi dengan pembangunan projek-projek perumahan, hotel-hotel mewah, restoran dan hotel-hotel murah.