Program Merentas Budaya
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di bawah sub tajuk program merentas budaya ini. Ia boleh dibahagikan kepada sub tajuk yang lebih mengkhusus sebagai panduan kepada guru-guru untuk mengatur program bercorak pelancongan pendidikan ini, seperti berikut:
1. Cultural festival (pesta kebudayaan)
Perayaan bercorak kebudayaan yang menandakan kepentingan sesuatutarikh bersejara atau peristiwa tertentu.
2. Cultural landscape (lanskap budaya)
Keadaan yang mencerminkan budaya sesuatu masyarakat atau kumpulan menurut sesebuah persekitaran fizikal.
3. Cultural resources (sumber budaya)
Merujuk kepada kegiatan, cara hidup, tradisi, kepercayaan dan sebagainya dalam masyarakat tertentu.
4. Cultural touring (lawatan budaya)
Lawatan pelancongan khas yang melibatkan interaksi yang intensif dengan masyarakat setempat kawasan yang dilawati bertujuan untuk mempelajari kesenian, kebudayaan dan cara hidup mereka.
5. Cultural tourism (pelancongan budaya)
Pelancongan yang berasaskan kebudayaan setempat sebagai tarikan utama.
6. Culture (budaya)
Cara hidup merangkumi kepercayaan, adat, bakat, tabiat, tradisi dan ilmu yang dikongsi oleh sesuatu masyarakat.
7. Culture diffussion (resapan budaya)
Corak penyebaran budaya dari satu masyarakat atau kawasan ke satu masyarakat dan kawasan yang lain sama ada terancang atau sebaliknya.