Bersiar
Panduan Perjalanan ke Langkawi
Oleh
kerana Langkawi adalah sebuah pulau, maka pelancong dan penduduk
tempatan bergantung kepada bot dan feri untuk berulang alik ke tanah
besar. Bagaimanapun, dengan kepesatan pembangunan di Langkawi, sebuah
lapangan terbang modern dan lengkap bertaraf antarabangsa telah dibina
di sebelah pantai barat Kuala Muda.
Pengangkutan
Udara
Lapangan
terbang antarabangsa (04-955 1311) di Kuala Muda, terletak 20
kilometer dari pekan Kuah. Penerbangan pergi dan balik meliputi
beberapa destinasi di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor
bahru dan Ipoh. Terdapat juga penerbangan antarabangsa ke Changi,
Singapura dan Kansai, Jepun.
Lapang
terbang ini menjadi lokasi pendaratan beberapa syarikat penerbangan
seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Silk Air dan
Air Asia.
Terminal lapangan terbang Langkawi ini juga dipenuhi dengan
kedai-kedai bebas cukai.
Beberapa ratus
meter daripada lapangan terbang terletak kompleks bebas cukai yang
besar bagi pengunjung membeli pelbagai barangan berstatus bebas cukai.
Kawasan ini juga menjadi lokasi persidangan dan pameran antarabangsa,
seperti pertunjukan International Maritime and Aerospace (LIMA)
yang diadakan pada November setiap tahun.
|
Perjalanan
|
Harga
|
Syarikat
|
Penerbangan
|
| Langkawi
- Kuala Lumpur |
RM
135 |
MAS;
Air Asia |
Terus,
setiap hari |
| Langkawi
- Pulau Pinang |
RM
51 |
MAS;
Air Asia |
Terus,
setiap kali |
| Langkawi
- Johor Bharu |
RM
199 |
MAS;
Air Asia |
Terus,
setiap kali |
| Langkawi
- Singapura |
RM
333 |
MAS;
Silk Air |
Terus,
setiap hari |
|
Pengangkutan
Air
Terdapat empat lokasi pelepasan
dan ketibaan feri dan bot bagi pengunjung yang ingin menikmati
kesronokan perjalanan air.Lokasi-lokasi berkenaan (dari tanah besar)
ialah Kuala perlis (Perlis), Kuala Kedah (Kedah), George Town (Pulau
Pinang) dan Satun (Thailand).
|
Jeti
|
Tempoh
perjalanan
|
Harga
Tiket
|
| Kuala
Perlis |
45
minit |
RM
13 |
| Kuala
Kedah |
1
jam 10 minit. |
RM
15 |
| Georgetown |
2
jam 30 minit. |
RM
35 |
| Satun |
1
jam 30 minit. |
RM
15-18 |
Beberapa Syarikat Feri ke
Langkawi
Terdapat beberapa syarikat feri
yang beroperasi di Kuah, Langkawi yang menawarkan perkhidmatan dari dan
ke Langkawi. kebanyakannya beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
The Kuala Perlis Langkawi
Ferry Service (KPLFS)
Nombor telefon: 04-966 6929
|
|
|
| Pertama |
RM 45
|
| Kedua |
RM 45
|
| Feri
terakhir |
6.15 p.m.
|
Ekspres
Bahagia
Nombor telefon: 04-966 5784
| Perjalanan |
Kuah
- Georgetown |
| Harga
Tiket |
RM
35 |
| Tempoh
Perjalanan |
4
jam 30 minit |
| Feri
Pertama |
8.00
pagi. |
| Feri
Akhir |
5.50
petang |
Ekspres
Superstar
Nombor Telefon: 04 - 955 7110
| Perjalanan |
Langkawi
-Butterworth,
Pulau Pinang |
Harga
Tiket:
Isnin- Khamis
Jumaat- Ahad |
RM 50
RM 75 |
| Tempoh
Perjalanan |
3
hours |
| Feri
Pertama |
9
pagi, 3 petang.
(2 perjalanan setiap hari) |
| Feri
Terakhir |
12
tengahari, 6 petang (2 perjalanan setiap harian). |
|
Panduan Perjalanan di Langkawi 
Dalam usaha
memperkenalkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan hijau yang bebas
pencemaran asap dan kesesakan, kerajaan melarang para pengunjung
membawa masuk kereta peribadi. Justeru, pengunjung ke pulau itu
bergantung kepada teksi, pengangkutan awam serta kenderaan sewa (kereta,
motorsikal dan basikal)
Sekiranya anda
ke Langkawi dengan kapal terbang, lebih baik sekiranya anda mengetahui
kadar bayaran pengangkutan atau kereta sewa yang dikenakan dengan
lebih awal untuk tujuan merancang perbelanjaan sepanjang percutian.
Kepada
pengunjung yang pertama kali ke Langkawi, teksi akan menjadi pilihan
utama tentulah menggunakan khidmat teksi. jadi wajarlah anda
mengetahui kadar-kadar tambang teksi - yang mungkin berubah-ubaah
mengikut masa dan perkhidmatan.
Pengangkutan
Awam
Pengangkutan awam berpusat di Kuah.Terdapat
stesen bas di depan hotel City Bayview. Kadar tambang dari jeti Kuah ke
pekan Kuah RM1 sekali perjalanan. Perjalanan lain ialah ke Pantai Cenang,
degan kadar tambang RM1.70.
Kadar
Tambang Teksi
|
Perjalanan
|
Harga
|
| Lapangan
Terbang - Kuah |
RM 12
|
| Lapangan
Terbang - Pantai Cenang/Pantai Kok |
RM 10
|
| Jeti
Kuah - Pekan Kuah |
RM 5
|
| Jeti
Kuah - Lapangan Terbang |
RM 15
|
| Kuah
- Pantai Cenang/Pantai Kok |
RM 15
|
| Kuah
- Pantai Kok |
RM 20
|
|
Kereta
Sewa
Sewa kereta bersinonim dengan
Langkawi. terdapat pengusaha sepenuh masa, dan ada yang menyewakan
kereta secara sambilan, khususnya pada musim cuti sekolah atau pada
hujung minggu.
Anda tidak perlu mencari kereta
untuk disewa, kerana mereka yang akan mencari anda! Sejurus menjejak
kaki ke Jeti Kuah, pasti ada pengusaha yang akan menawarkan kereta untuk
disewa. terpulanglah kepada kebijaksanaan anda untuk melakukan tawar
menawar.
Bagaimanapun, sekiranya anda
dan rakan-rakan berhajat untuk memandu sendiri, maka pilihan terbaik
ialah menyewa daripada pemilik resort pantai tempat menginap. kebanyakan
mereka mempunyai kenderaan untuk disewa, atau menguruskan penyewaan
daripada pihak ketiga. kadar sewaan adalah berbeza-beza mengikut
jeniskereta.kadar sewaan biasanya bermula dengan RM50 sehari.
Motorsikal
sewa
Cara paling mudah dan jimat
untuk bersiar-siar di sekeliling langkawi ialah menunggang motorsikal.
Terdapat pelbagai jenis motorsikal yang disewakan di pulau itu, bermula
dengan motorsikal berkuasa tinggi sehinggalah motorsikal keris berkuasa
110cc dan Honda 70cc. kadar sewa motorsikal adalah sekitar RM25 sehari.
Anda boleh bergerak sejauh 70 kilometer mengelilingi pulau nan indah ini
tanpa rasa ragu-ragu dengan menunggang motorsikal. Tapi awas, pastikan
anda membawa lesen!
|
Pengenalan | Maklumat Am |
Destinasi | Peta Destinasi | Penginapan | Panduan Perjalanan | Belanjawan | Merancang Cuti |
Kalendar | Galeri Aishah
|