|
Pembelajaran secara
kontekstual
memerlukan pelajar berfikir secara tabii, melihat perkara yang
konkrit, bukan abstrak. Seorang guru perlu bijak memanfaatkan
perkara-perkara yang ada, atau yang berlaku di sekelilingnya, dan
seterusnya menuntut satu kemahiran supaya pelajar dapat berfikir melalui
pengalaman, atau memaksimumkan
tujuh kecerdasan.
Konsep pembelajaran secara
edutourism
telah lama dipraktikkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS)
dan
Jepun. Di AS suasana pembelajaran pakej bermodul dikenali dengan
beberapa nama, misalnya Summer Camp
atau perkhemahan musim panas. Terdapat pelbagai definisi untuk
pelancongan pelajar ini, bergantung kepada kemudahan yang sedia ada atau
keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran sesuatu komuniti. Di
negara-negara yang lebih maju, yang kaya dengan aktiviti - yang kemudian
dimajukan sehingga menjadi sumber alam yang menjana pendapatan - konsep
pelancongan pelajar telah dipecahkan kepada beberapa sub-bahagian.
Ini
selaras dengan banyaknya sub-bidang ilmu yang terdapat di negara-negara
maju. Di mana-mana bahagian dunia pun, setiap bentuk pelancongan pelajar
yang diajar pasti akan cuba menyelitkan
nilai-nilai
murni
di dalam pakejnya. Misalnya, kesan memfitnah dan tindakan
menghukum secara membuta tuli yang berlaku pada Mahsuri.
Edutourism ialah pelancongan
berasaskan tarikan semula jadi di Langkawi. Matlamatnya adalah untuk
menempuhi pengalaman dan mempelajari keunikan flora dan fauna serta
budaya yang menjurus kepada pertanggungjawaban ekologi, ekonomi yang
mapan, menjana kemakmuran dan pendapatan kepada komuniti setempat.
Sekaligus, program-program yang akan diatur oleh guru boleh
mengembangkan konsep
pelbagai kecerdasan dan
kemahiran berfikir.
Di sini, sekali lagi kreativiti guru
memupuk
pendidikan alam sekitar amat
diperlukan.
Ia juga ditakrifkan sebagai satu cara
bersiar-siar untuk tujuan pendidikan dan latihan (training) di
Pulau Langkawi yang mempunyai keunikan alam semulajadinya dan
penduduknya pula berbilang bangsa. Banyak program yang boleh diatur
bermula dengan program survival sehinggalah santai. Program-program yang
boleh diatur oleh guru-guru perlulah bebas dan menyeronokkan, berkisar
kepada mengadakan kelas memasak makanan tradisional Langkawi,
sehingga kepada mempelajari kenapa boleh berlaku pasir yang berwarna
hitam, dan seterusnya mengadakan
program merentas budaya
kehidupan/survival penduduk di sebuah pulau.
 |
Aktiviti-aktiviti di
bawah topik ini boleh menjangkaui penerokaan taman lautan
atau batu karang di Pulau Payar sehinggalah ke Makam Mahsuri
dengan dipandu oleh guru-guru yang menterjemahkan sifat-sifat
semulajadi serta budaya dalam persekitaran hutan hujan. Keadaan
ini sungguh sesuai dilakukan di Langkawi yang menawarkan satu
pakej pelancongan pelajar yang serba ada di dalam satu kawasan. |
Bidang yang perlu difikirkan juga oleh
guru-guru ialah mengadakan program integrasi dengan pelajar-pelajar dari
luar negara yang ada di Langkawi.
Sejarah Langkawi sebagai sebuah kepulauan
yang telah lama dikenali diperingkat antarabangsa juga perlu
diketengahkan. Langkawi adalah gugusan lebih 100 buah pulau yang penuh
dengan cerita purbakala yang menarik.
| Menurut kepercayaan
dahulu, Langkawi adalah tempat kediaman penunggu. sastera lama
seperti Hikayat Merong Maha wangsa pula mengisahkan Garuda,
burung gergasi pernah bertakhta di situ. |
 |
Sewaktu perjalanannya ke Melaka pada
tahun 1406, Laksmana Cheng Ho dari China telah mencatatkan Langkawi
dalam petanya sebagai kelompok kepulauan yang dikenali sebagai Lung-ya-Kiao-Yi.
Peta-peta dari abad ke-16 pula menamakan pulau-pulau ini sebagai Langka,
Langu, Langura Langa dan Langapura. Semua ini
membuktikan bahawa Langkawi telah wujud sejak berzaman lagi.
Sekiranya guru-guru ingin membawa para
pelajar menjengah sejarah Langkawi ini, mereka bolehlah menjengah ke
lokasi Lagenda Langkawi Dalam Taman. Di
sini, guru-guru boleh memupuk unsur-unsur
patriotisme. di
jiwa generasi muda negara.
Selain daripada itu, guru perlu
mengkelaskan dengan jelas apakah aktiviti yang sedang dijalankan pada
sesuatu ketika supaya pelancongan pelajar dapat memenuhi satu senarai
semak yang sebaik-baiknya telah disediakan lebih awal. Secara umumnya,
di bawah program pelancongan pelajar boleh digabungkan dengan beberapa
bentuk pelancongan lain bagi membuka pemikiran pelajar, seperti berikut:
| 1.
Pelancongan Pertanian (Agritourism) |
 |
Pelancongan
pertanian berkisar kepada mengalami dan menghargai produk
pertanian (misalnya beras, buah-buahan), tapak pertanian
(misalnya, sawah. ladang atau dusun) dan cara hidup (pertanian,
penternakan).
Malah, iklim di Pulau Langkawi
juga menawarkan banyak perkara untuk dipelajari.
|
| Taman
bertema, lagenda Langkawi telah dibina bagi mengekalkan
kemahsyuran Langkawi. Lagenda Langkawi Dalam Taman menghidupkan
semula segala lagenda romantik dan mitos yang telah mengharumkan
Langkawi sebagai pulau lagenda.
|
| 2.
Pelancongan Budaya (Cultural Tourism) |
| Pelancongan budaya
dikaitkan dengan kepelbagaian budaya dan etnik di Langkawi.
Para pelajar boleh mengalami dan
melihat sendiri kepelbagaian ini melalui hasil kerja tangan,
cara hidup dan cara berpakaian dan sebagainya.
|
 |
| 3.
Pelancongan Ekologi (Ecotourism) |
 |
Para pelajar boleh
dibawa melawat ke tempat-tempat yang masih kekal keindahan alam
semulajadinya untuk meninjau flora dan fauna. |
| 4.
Pelancongan Kesihatan |
| Bertujuan untuk
meningkatkan kesihatan minda, badan dan aspek kerohanian para
pelajar. Contoh yang pernah dilakukan di Hawaii ialah beberapa
hotel dan resort
menawarkan program-program ketegapan tubuh
badan dan rawatan spa kepada para pengunjung, yang menggabungkan
program-program senaman dan kawalan pemakanan cara Barat dan
cara kita masyarakat Timur.
|
| 5.
Pelancongan Sukan |
|
Terdapat
pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan sukan
diadakan di Pulau Langkawi.
Salah satu contoh yang terkenal
ialah
bermain jet ski.
[
ke atas
]
|
|