Mengenai Kami

PENDAPAT ANDA


 

 

 

Selamat Datang

Selamat datang ke kelab Portal Pendidikan Utusan-Selamat Pagi Malaysia. Kelab ini terbuka kepada semua pelajar sekolah dan guru-guru di seluruh negara tanpa mengira keturunan dan agama. Bagi keahlian pelajar sekolah, tahap umur yang layak menyertai kelab ini ialah seawal usia tujuh tahun (tahun 1) sehinggalah pelajar tingkatan enam atas. 

Kepada guru-guru pula, sesiapa sahaja adalah layak, sama ada yang mahir/memiliki atau tidak mahir/tidak memiliki komputer. Penyertaan daripada kalangan  para profesional serta orang perseorangan yang mahu bersama-sama membangunkan bidang pendidikan negara juga amat dialu-alukan.

 

 

Latar Belakang

Kelab ini bertujuan untuk memupuk minat di kalangan warga pendidikan - sama ada guru dan para pelajar - supaya menggunakan komputer serta aplikasi-aplikasinya sebagai alat untuk berkomunikasi. 

Portal Pendidikan Utusan dan Selamat Pagi Malaysia telah pun menjalin kerjasama secara yang lebih serius sejak 14 September melalui segmen Abang Portal™. 

Kedua-dua pihak kemudiannya telah bersetuju mengasaskan penubuhan kelab ini, supaya interaksi antara para penonton RTM dan pembaca-pembaca Utusan Malaysia boleh berlaku sepanjang masa dan lebih menyeluruh di dalam bidang pendidikan serta ICT.

 

 

Segmen Abang Portal™

Segmen Abang Potal™ telah ke udara secara rasminya di dalam Selamat Pagi Malaysia sejak 14 September 2002 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 pagi. 

Sebenarnya, penghebahan mengenai kewujudan Portal Pendidikan Utusan serta aktiviti-aktivitinya di dalam segmen Selamat pagi Malaysia telah ke udara sejak awal penubuhan portal pada 2 Julai 2001. 

Kerjasama di antara Portal Pendidikan Utusan dan Selamat Pagi Malaysia semakin bertambah akrab apabila pihak portal mulai mengikuti program-program K3P bersama Selamat Pagi Malaysia di beberapa buah negeri. 

Beberapa perbincangan telah diadakan dan akhirnya Pihak RTM melalaui segmen Selamat Pagi Malaysia bersetuju memperuntukkan slot setengah jam kepada Portal Pendidikan Utusan untuk berinteraksi dengan penonton secara live, dengan perantaranya abang Norazli Noh.

 

 

Siapakah Abang Portal™

Abang Portal merupakan krew Potal Pendidikan Utusan serta Selamat Pagi Malaysia yang menjayakan rancangan ini. Abang-abang serta kakak-kakak di Portal Pendidikan Utusan ialah Abang Norazli Noh, Abang Wahid, Abang Hasani, Abang Abdullah, Abang  Rahman, Kakak Luvena, Abang Khazim (pelukis kartun Usik-Usik) dan ramai lagi. 

Mereka merupakan penggerak kepada rancangan Abang Portal™. ke semua Abang Portal ini boleh dihubungi di portal@utusan.com.my. Laman web Portal Pendidikan Utusan pula boleh diakses di www.tutor.com.my.

 

 

Portal Pendidikan Utusan


PORTAL Pendidikan Utusan
adalah satu unit di bawah Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat penerbitan utama di Malaysia yang menerbitkan akhbar perdana Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. 

 

Pengwujudan laman web portal ini merupakan salah satu usaha pihak jabatan untuk menyediakan bahan pendidikan yang boleh dicapai oleh semua pihak dan seluruh lapisan masyarakat. 

 

Walaupun sebelum ini usaha tersebut telah disediakan dalam bentuk cetakan di ruangan pendidikan, akhbar Utusan Malaysia namun disebabkan keterbatasan ruang, maka langkah menyediakan dalam bentuk Internet dianggap yang terbaik.

 

Pemilihan medium teknologi maklumat (IT) khususnya Internet adalah sesuai dengan matlamat kerajaan yang telah mewujudkan pendidikan bestari melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan IT dan komputer. Kami percaya, Internet juga dapat dicapai secara lebih menyeluruh kepada seluruh masyarakat di negara ini dan juga di luar negara.

 

 

 

Tujuan dan matlamat

UNTUK PELAJAR

UNTUK GURU

UNTUK PENJAGA

Menyediakan bahan pembelajaran yang lebih berstruktur, nota lengkap dan ringkas, papan diskusi, bank soalan, latih tubi, contoh-contoh soalan dan lain-lain melibatkan 22 mata pelajaran teras.

Membantu guru menyediakan rancangan mengajar, aktiviti pembelajaran, latihan, sumber rujukan serta bank soalan bagi setiap waktu pembelajaran mengikut minggu dan bulan.

Portal Pendidikan Utusan menyediakan secara lengkap huraian sukatan pelajaran, rancangan mengajar, bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga rujukan yang boleh digunakan guru bagi melancarkan lagi proses pengajarannya di dalam kelas.

Membolehkan penjaga membuat pemantauan, menyemak perancangan atau turut serta menjadi pembimbing kepada anak-anak dengan cara menggunakan bahan yang disediakan sebagai satu sokongan pembelajaran di rumah.

Go to top of page

 

 

Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen Malaysia 2002
dengan kerjasama Portal Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur