laman utama ::

dairi ::

peserta ::

destinasi ::

links ::

download ::

forum ::


My Travel Blog

 

 |Portal Pendidikan Utusan |

 |Utusan Online |

 

 
SELAMAT DATANG KE

Japan-ASEAN Youth Friendship Programme 2005
12 Jun - 7 Julai 2005

 

Pada 12 Jun hingga 7 Julai 2005 yang lalu, seramai 69 peserta dari Malaysia telah dipilih mengikuti Program Persahabatan Belia Jepun-Asean 2005 (Japan-ASEAN Youth Friendship Programme 2005). Mereka terdiri dari tiga kumpulan pengkhususan iaitu pendidikan, sumber manusia dan kewangan yang setiap satunya mengandungi 23 ahli.

Program tersebut dianjurkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan berlangsung selama 3 hari di Malaysia dan 23 hari di Jepun.
Ia merupakan sebahagian daripada program dasar pandang ke timur yang dimulakan sejak 1983 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai positif dalam diri peserta dengan mencontohi orang-orang Jepun.

Hasani Hassan

Program berkenaan merangkumi lawatan, seminar dan ceramah mengenai masyarakat dan budaya Jepun, serta homestay bersama keluarga angkat.

Buat pertama kalinya, JICA telah mengundang wartawan untuk menjadi salah seorang peserta dalam program tersebut. Pihak Pendidikan Utusan telah dipilih untuk menyertai program ini di dalam kumpulan pendidikan bersama-sama 22 guru sekolah rendah dari serata Malaysia.

Ikuti pengalaman indah Penolong Ketua Unit Pendidikan, Hasani Hassan yang telah mengikuti program ini dari awal hingga akhir.


Mulakan dengan dairi ...

 

Terkini:

 

Syahdu dan rindu - Kemesraan pelajar Jepun jadi ingatan
Hari kesembilan Pada hari kesembilan berada di Jepun, sekolah yang menjadi destinasi lawatan kami seterusnya ialah Sekolah Rendah Nishikawanobori di bandar Takeo. Sekolah itu terletak di kawasan luar bandar, bahagian barat Saga Prefecture.

 

Gambar-gambar sekitar hari kesembilan di Jepun
Hari kesembilan kami di Sekolah Rendah Nishikawanobori yang meninggalkan banyak kenangan manis kepada para peserta.

 

 

 

Sejarah kemusnahan di Muzium Bom Atom Nagasaki
Hari kesepuluh Pada hari kesepuluh, kami tinggalkan Saga Prefecture dan menuju pula ke Nagasaki Prefecture untuk melawat ke Taman Glover dan Muzium Bom Atom.

 

 

Kanak-kanak Jepun dilatih tingkatkan ketahanan badan
Hari kesebelas Pada hari kesebelas, kami telah melawat ke sebuah taman asuhan kanak-kanak (tadika) Aoitori yang sangat unik dan terletak di bandar Taku.

 

 

 

 

 

 





 

  © 2005 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur