Hari ini: 13 Mac 2010
 
  muka utama
  fokus sains
  semasa
  saintis islam
  chit-chat saintis tamu
  dunia saintis
  it & abang wan
  gosip sains
  info esti
  science facts
  cuba-cuba sains
  infostruktur
  kerjaya
  surat pembaca
 
 

 

 
ESTIDOTMY ONLINE | ABOUT US

PENGENALAN:

Selamat datang ke laman web ESTIDOTMY Online, versi Internet sisipan majalah Estidotmy: Era Sains, Teknologi & Informasi terbitan Utusan Melayu (M) Berhad dengan kerjasama Bahagian Sains & Teknologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Sisipan bulan majalah Estidotmy (versi cetak) diterbitkan melalui Utusan Malaysia pada setiap hari Rabu pertama setiap bulan (Mac-Jun 2002) dan setiap Rabu minggu terakhir pada setiap bulan (mulai Julai 2002) manakala Estidotmy Online dikemaskinikan pada setiap bulan serentak dengan penerbitan versi cetak. Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

TUJUAN:

:. Untuk menerapkan minat serta perasaan ingin tahu terhadap perkembangan sains dan teknologi terkini.

:. Menambah bahan bacaan dan penerbitan mengenai sains dan teknologi di dalam bahasa Melayu.

:. Satu pendekatan percubaan bagi menarik minat generasi muda dan masyarakat untuk membaca dan seterusnya menjadikan penerbitan ini sebagai satu saluran informasi sains dan teknologi.

OBJEKTIF:

:. Untuk menarik minat pelajar terutamanya yang berumur 15 tahun ke bawah meminati sains dan teknologi.

:. Memberi kefahaman kepada perkembangan terkini dunia sains & teknologi dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

:. Menarik minat pelajar untuk memilih bidang sains sebagai jurusan pekerjaan dengan memupuk minat sejak dari usia yang muda lagi.

AGENSI TERLIBAT:

:. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE)

:. Bahagian Sains & Teknologi MOSTE

:. Akademi Sains Malaysia

:. Bioteknologi Kebangsaan MOSTE

:. Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA)

:. Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

:. Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

:. Universiti Teknologi Mara

:. Universiti Kebangsaan Malaysia

:. Utusan Melayu (M) Berhad

ALAMAT SURAT-MENYURAT:

Sekretariat ESTIDOTMY

Akademi Sains Malaysia (ASM)

902-4 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

 

Tel: 03-26949898

Faks: 03-26945858

E-mel: hazami@akademisains.gov.my

Laman web ini dibangun dan diselenggarakan oleh Unit Pendidikan Utusan, Kuala Lumpur. Sebarang komen/pertanyaan berhubung laman ini sila e-mel kepada webmaster atau hubungi +603-92217055 samb. 132.