Hari ini: 21 Mei 2013
 
  muka utama
  fokus sains
  semasa
  saintis islam
  chit-chat saintis tamu
  dunia saintis
  it & abang wan
  gosip sains
  info esti
  science facts
  cuba-cuba sains
  infostruktur
  kerjaya
  surat pembaca
 
 

 

 

Ogos

Apa itu Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Apa itu Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU adalah satu sistem yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah.

Ia juga adalah satu sistem kepekatan pencemar yang diukur dan ditukarkan kepada suatu nombor pada skala antara 0 hingga 500. Oleh itu, IPU dikategorikan kepada lima tahap iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya.

Julat IPU bagi kelima-lima tahan ini adalah seperti berikut:

SKALA IPU

KUALITI UDARA

dari 0-50 Baik
dari 51-99 Sederhana
dari 100-199 Tidak sihat
dari 200-299 Sangat tidak sihat
300 ke atas Berbahaya

Bagaimana IPU dikira?

Terdapat lima jenis pencemaran yang diukur dalam menentukan IPU iaitu:

* Karbon monoksida (CO)

* Sulfur dioksida (SO2)

* Nitrus oksida (NO2)

* Ozone (O3)

* Habuk terampai 10 mikron ke bawah (PM10)

Setiap pencemar ini mempunyai indeksnya tersendiri yang juga dikenali sebagai subindeks.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur pencemaran udara?

Kepekatan kelima-lima pencemar ini diukur secara terus menerus setiap hari dengan menggunakan alat-alat penyukat yang saintifik dan jitu.

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah kaedah yang diiktiraf oleh ahli-ahli sains sedunia.

Alat penyukat ini ditempatkan di dalam stesen-stesen udara yang dibina di seluruh negara iaitu sebanyak 50 stesen.

Definisi pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka ialah pembakaran yang dibuat di luar atau proses penghasilan asap daripada pembakaran yang kemudiannya dilepaskan ke udara sekeliling secara terus tanpa melalui cerobong asap.

Laman web ini dibangun dan diselenggarakan oleh Unit Pendidikan Utusan, Kuala Lumpur. Sebarang komen/pertanyaan berhubung laman ini sila e-mel kepada webmaster atau hubungi +603-92217055 samb. 132.