PERSPEKTIF
Kepentingan pendidikan Melayu

Kepentingan pendidikan Melayu

Wahid Hashim pendidikan@utusan.com.my


DR. Rosli Mat Hassan (tengah, baju batik) bersama-sama eksekutif YPM , Universiti Teknologi Malaysia dan para pelajar SMK Seri Dungun yang mengikuti program tanggungjawab sosial universiti (USR) menunjukkan tanda 1Malaysia, di Terengganu baru-baru ini.

SEBAGAI orang Melayu, ruangan perspektif kali ini terpanggil untuk mengajak para pembaca memikirkan akan kemungkinan ancaman politik terhadap kepentingan pendidikan atau perlindungan pendidikan anak-anak kita pada masa yang akan datang.

Inilah perkara paling asas yang perlu kita renungi, sebelum pergi kepada perkara yang lebih besar.

Saya melihat dan mengaitkan dengan kuasa mengundi dan keputusan politik, fokus beberapa agensi yang sepatutnya melindungi hak dan kepentingan pendidikan orang Melayu yang telah sedikit sebanyak mengubah fokusnya serta perkongsian sumber pembiayaan pedidikan yang mulai dikongsi oleh kaum atau etnik lain – termasuk yang berketurunan Siam.

Yang amat penting ialah kuota pelajar Melayu yang berdasarkan merit pencapaian. Pada dasarnya, orang Melayu masih belum boleh mengatasi kecemerlangan kaum lain ketika menghadapi kertas soalan peperiksaan, khususunya kaum Cina. Dalam peperiksaan terbuka bagi kelayakan penganugerahan biasasiwa ke luar negara anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini, maka pelajar berketurunan Cina masih menguasai sektor kecemerlangan pendidikan ini berbanding Melayu, diikuti pelajar berketurunan India.

Tidak perlu disebut pecahannya di sini kerana agak memalukan.

Dengan dasar liberal beberapa pihak, seperti Yayasan Pelajaran Mara (YPM) yang kini mula memberi fokus kepada etnik bumipuerta di Sabah dan Sarawak secara yang terbuka, maka peluang pelajar Melayu tambah menyempit kalau aspek keciciran dan kecemerlangan tidak dititikberatkan.

Jadi bagaimana sakit sekali pun, apa gagasan sekali pun atau apa cita-cita sekali pun, maka orang Melayu masih perlukan perlindungan, kalau tidak dalam perniagaan atau ekuiti hartanah sekalipun, biarlah dalam bidang pendidikan.

Sehubungan itu, agensi seperti YPM perlu bebas daripada sebarang keputusan politik, - tetapi pada masa yang sama ahli Lembaga Pengarahnya berhak untuk memohon bantuan kepakaran sumber manusia dan kewangan daripada pihak tertentu kalau ada keperluan.

Tida seperti bangsa lain, jarang sekali orang Melayu berupaya membangunkan insitutsi ad hoc untuk membela pendidikan anak bangsanya. Kalau adapun program ad hoc, seperti penganjuran program motivasi, kecemerlangan pendidikan seminar, bengkel dan sebagainya.

Memang bagus mengadakan program ad hoc, tetapi sifatnya yang sederhana seperti kayu pancang tidak sesuai dijadikan tiang seri. Jadi YPM harus menjadi tiang seri, bukan kayu pancangan sahaja.

Bebas daripada keputusan politik bermakna YPM boleh menentukan fokusnya sendiri, tidak boleh dipaksa untuk melebarkan fungsi dan peranannya demi kepentingan politik mana-mana pihak, waima apa sekalipun alasannya.

Pada hari ini pun , kita melihat YPM perlu terus mengekalkan peranannya sebagai wadah untuk menyokong pendidikan orang Melayu yang masih belum tercapai.

Yasayan itu juga perlu diberi peluang untuk merangka langkah membasmi keciciran awal pelajar Melayu. Ramai pelajar Melayu yang sudah dilihat mati minat semasa berada dalam tingkatan empat. YPM boleh menganjurkan sebarang projek supaya pelajar ini tidak perlu ke sekolah konvensional.

Pengerusi YPM, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan ketika ditemui di Dungun, Teengganu baru-baru ini berkata, pihak YPM menyediakan peluang bagi membantu dan dalam beberapa kes, menyelamatkan pelajar Melayu daripada tercicir kerana tidak mendapat biasiswa atau bantuan pelajaran lain.

``Malah dalam kes khusus, kita memberi bantuan kewangan kepada tokoh-tokoh tertentu, misalnya penggiat seni iaitu Azam Dungun melanjutkan pelajaran,’’, katanya.

Kalau mengikut cerita beliau, maka senarai kejayaan YPM memang panjang, khususnya program penghantaran pelajar ke Jepun.

Isu kuantiti dan kualiti berjalan seiringan. Sebahagian yang perlu dilihat secara kuantitinya ialah skop bantuan kepada seramai mungkin pelajar Melayu. Misalnya, YPM – melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya yang pada empat Januari lalu menduduki kerusi berkenaan, Abdul Shariff Hamid - mensasarkan program bantuan dan sokongan pendidikan disasarkan kepada 100,000 pelajar bumiputera dan Melayu.

Kalau sasaran itu tercapai, maka ia akan meliputi 80 peratus pelajar Melayu yang memerlukan bantuan. Kini, petugas khas program pelajaran YPM sedang bergerak hampir setiap minggu ke pelosok tanah air bagi menghulurkan bantuan dan sokongan pendidikan kepada Melayu yang memerlukan.

Bagi program yang lebih memerlukan kualiti, mencakupi pula program berbentuk teknikal dan berprofil tinggi sepeti program penghantraan pelajar ke Jepun.

Sebagai agensi yang dilihat mempunyai akar yang cukup kuat menunjang ke dalam bumi serta pengaruh besarnya dalam institusi pendidikan tahap fundamental orang Melayu, maka segala tindak tanduk yayasan itu lebih diberi perhatian oleh orang Melayu berbanding yayasan lain.

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Pakej Pembelajaran Online
Elab
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN