ALBUM
SK Parit Melana johan bola jaring

SK Parit Melana johan bola jaring


Pasukan bola jaring SK parit Melana meraikan kejayaan sebagai johan MSSSNM bawah 12 tahun kawasan Alor Gajah di Melaka baru-baru ini.

Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana mencipta sejarah gemilang setelah muncul juara dalam pertandingan bola jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (MSSSNM) bawah 12 tahun peringkat kawasan Alor Gajah, Melaka yang telah berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Dol Said baru-baru ini.

Pengurus Pasukan Maznah Ibrahim berkata, kejayaan ini adalah yang pertama sejak pasukan bola jaring sekolah itu ditubuhkan. Tahun lalu, pasukan ini sekadar muncul naib juara kawasan Alor Gajah dalam pertandingan yang sama.

“Kami bersyukur dengan kejayaan sulung ini dan akan terus berusaha untuk mempertahankannya pada tahun hadapan,” katanya.

Pada perlawanan akhir SK Parit Melana menumpaskan SK Durian Tunggal berkesudahan dengan keputusan 13 – 5.

Pasukan bimbingan Asmak Ismail dan Norazimah Mohamad menerima hadiah kejuaraan daripada Pegawai Penyelia Sukan (1), Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah, Jonit Marsin sewaktu majlis penutupan kejohanan.

Tambah membanggakan lima orang pemain sekolah ini telah terpilih mewakili peringkat daerah. Mereka ialah Lina Hazirah Rosli (Ketua pasukan), Nur Afiqah Nabila Jalani, Nurul Syuhadah Kamat, Nasyatun Najiha Mustaffa dan Norasyidah Mohd Nor.

>> Berita dan gambar oleh Razman Mohammad Unit Dokumentasi, SK Parit Melana.

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Pakej Pembelajaran Online
Elab
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN