ISU SEMASA
Peperiksaan Percubaan UPSR Pendidikan Utusan bermula

Peperiksaan Percubaan UPSR Pendidikan Utusan bermula

SETIAP Isnin sepanjang Ogos ini, Unit Pendidikan Utusan akan menerbitkan set kertas Peperiksaan Percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam sisipan ADaP dan juga di Portal Pendidikan Utusan di www.tutor.com.my.

Terdapat dua set untuk setiap mata pelajaran. Set 1 untuk Bahasa Malaysia dan Matematik disiarkan pada hari ini (4 Ogos) dan diikuti oleh Set 1 Bahasa Inggeris dan Sains pada minggu hadapan (11 Ogos).

Kemudian Set 2 untuk Bahasa Malaysia dan Matematik pada 18 Ogos, dan seterusnya Set 2 Bahasa Inggeris dan Sains pada 25 Ogos nanti.

Buat pertama kalinya, soalan untuk kertas Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Hal ini sejajar dengan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk kedua-dua subjek berkenaan oleh Kementerian Pelajaran.

Set soalan disediakan oleh guru jurulatih utama dan guru-guru pakar mengikut format pentaksiran terkini.

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2008

4 Ogos Set 1 : Bahasa Malaysia & Matematik

11 Ogos Set 1 : Bahasa Inggeris & Sains

18 Ogos Set 2 : Bahasa Malaysia & Matematik

25 Ogos Set 2 : Bahasa Inggeris & Sains

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Pakej Pembelajaran Online
Elab
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN