JAM di SK Jabi Besut
Pada Februari lalu, Unit Pendidikan Utusan dan eXtraDICTION telah mengadakan promosi pertandingan Jawab Atur Menang (JAM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, Besut Terengganu. Aktiviti tersebut diadakan sempena majlis pelancaran wajah baru sisipan pendidikan A-Kelas dan Tutor peringkat Terengganu yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Menerusi aktiviti itu, satu pertandingan JAM peringkat sekolah telah dijalankan dan disertai seramai 200 murid dari SK Jabi dan beberapa sekolah lain di sekitarnya. Pemenang-pemenang pertandingan tersebut telah menerima set permainan eXtraDICTION.
|








