Bidang Ekonomi... Pelbagai Sektor Tawar PekerjaanOleh: MOHD YAHYA MOHAMED ARIFFIN ![]() KEPAKARAN dalam bidang ekonomi diperlukan negara untuk menepis tipu helah makro ekonomi sejagat. - Gambar hiasan SALAH satu bidang pengajian yang popular di peringkat pengajian tinggi terutama di universiti ialah ekonomi. Pengajian ekonomi di universiti mempunyai pelbagai pengkhususan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya menawarkan pengkhususan ekonomi dasar awam, ekonomi antarabangsa, ekonomi industri, ekonomi sumber manusia, ekonomi pembangunan pertanian dan ekonomi Islam. Universiti Utara Malaysia (UUM) pula menawarkan pengkhususan di bidang ekonomi perdagangan dan perniagaan antarabangsa. Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menawarkan pengkhususan di bidang ekonomi dan perniagaan antarabangsa, ekonomi industri dan organisasi, ekonomi pemasaran dan ekonomi industri perkhidmatan. Antara lain, program ini bertujuan menghasilkan lulusan yang mahir dalam bidang ekonomi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara yang semakin tinggi permintaannya. Lulusan di bidang ekonomi tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka boleh berkhidmat di institusi kewangan, industri-industri, sektor awam dan sektor swasta sebagai eksekutif, pengurus, pentadbir, ahli ekonomi, penyelidik, pegawai perancang ekonomi serta jawatan lain seperti guru dan pensyarah bidang ekonomi. Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
Syarat menceburi bidang ini:Memiliki ijazah sarjana muda di bidang ekonomi (pelbagai pengkhususan) dari universiti tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan. Tempat melanjutkan pengajianKebanyakan universiti tempatan menawarkan program ekonomi di peringkat sarjana muda iaitu UKM, Universiti Malaya, UUM, Unimas, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Universiti luar negara juga banyak menawarkan program ini seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Kanada. Jabatan Pengajian Awam (JPA) melalui beberapa program pengajian ijazah universiti luar negara turut menghantar pelajar lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Syarat melanjutkan pengajianTerdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini. Cara Pertama: Di bawah program pengajian luar negara tajaan JPA, pelajar perlu lulus cemerlang peperiksaan SPM dengan kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Prinsip Akaun. Cara Kedua: Untuk mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi selama satu setengah tahun, pelajar perlu lulus cemerlang SPM/SPMV serta mendapat kepujian dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik serta Ekonomi Asas, Perdagangan dan Prinsip Akaun. Pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda selepas tamat pengajian di peringkat ini. Cara Ketiga: Pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dengan mendapat keputusan baik dalam mata pelajaran pengajian am dan ekonomi. Selain itu, pelajar perlu mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan Matematik di peringkat SPM. Cara Keempat: Beberapa universiti juga mengambil pelajar di bawah Kes Khas. Melalui cara ini, pelajar perlu mempunyai diploma atau sijil di bidang ekonomi, perniagaan, pengurusan atau perakaunan dari Universiti Teknologi Mara atau Politeknik Kementerian Pendidikan.
|





