Muka Utama
Modul
Jurnal
Bahan P&P
Penyelidikan
 
ETems
Portal Pendidikan
Kem. Pendidikan
BPG
 
MODUL

   MODUL

Modul di laman web ini serupa dengan yang diguna pakai oleh seramai 2,400 guru-guru berstatus juru latih yang telah mengikuti kursus di peringkat negeri masing-masing. Kandungan modul akan menjadi asas kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di 2,400 buah sekolah yang telah mendapat bantuan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU),  Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

    JURNAL

Merupakan papan maklumat elektronik audio, video dan teks untuk menyampaikan mesej Bahagian Pendidikan Guru (BPG) kepada guru-guru di seluruh negara. Lidah rasmi BPG ini disampaikan dalam format buletin yang menguaruarkan aktiviti-aktiviti di peringkat pusat dan setiap jabatan atau maktab-maktab perguruan. Guru-guru dinasihati sentiasa menyemak kandungan ruangan ini untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di sekitar profesion mereka.

 

   BAHAN P&P

Selaras dengan perkembangan pesat dunia pendidikan negara, BPG sentiasa mengemaskinikan tatacara pengajaran mengikut kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSM). Bahagian ini akan memperincikan beberapa komponen dalam P&P. Sebagai permulaan, ruangan ini akan menyediakan bahan P&P pendidikan bestari serta kelima-lima komponennya iaitu Kemahiran Berfikir, Fasilitator, Teknologi Maklumat, Mentaksir dan Menilai, serta Pakej dan Bahan P&P.

 

   PENYELIDIKAN

Penyelidikan merupakan aspek yang kritikal dalam organisasi BPG. Ruangan ini akan menyajikan teks penuh hasil-hasil penyelidikan penting dalam bidang berkaitan. Sesuai dijadikan bahan rujukan ilmiah serta kepada pihak pengurusan untuk melakukan perancangan berstrategik.

 



Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
Portal Pendidikan Utusan, Utusan Melayu (M) Berhad.