Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  UPSR > Sains Bahan Arkib 2002
Mesin Ringkas

Mesin Ringkas : Tuas 

  1. Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah.

  2. Tuas terdiri daripada satu rod yang disangga pada penyokong yang dinamai fulkrum.

  3. Tuas terbahagi kepada beberapa kelas mengikut kedudukan fulkrum, beban dan daya.

  4. Dalam tuas kelas pertama, fulkrum terletak antara daya dengan beban.Contoh tuas kelas pertama ialah tukul besi, gunting, playar, jongkang-jongket dan tuil besi.

  5. Dalam tuas kelas kedua, beban terletak antara fulkrum dan daya.Contoh tuas kelas kedua ialah kereta sorong, pemecah kekeras dan pembuka tudung botol.

  6. Dalam tuas kelas ketiga, daya terletak antara beban dan fulkrum.Contoh tuas kelas ketiga ialah joran pancing,  penyepit ais, sepit, penyapu dan pengokot.

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR