Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  UPSR > Sains Bahan Arkib 2002
Bumi dan Alam Semesta

Bumi dan Alam Semesta : Planet-planet dalam Sistem Suria

Minggu 2 :  Nota  

PANTUN

Pergi sekolah setiap hari,
Untuk belajar berkali-kali;
Planet yang hampir Matahari,
Utarid nama yang diberi..

Pergi sekolah setiap hari,  
Untuk belajar bahagi;  
Zuhrah nama yang diberi,
Planet kedua dari Matahari.

Pergi sekolah setiap hari,  
Pakai baju sekolah ini;  
Bumi yang cantik sekali,  
Planet ketiga dari Matahari.

Pergi sekolah setiap hari,
Bawa beg berat sekali;
Planet Marikh merah sekali,

Planet keempat dari Matahari.

Pergi sekolah setiap hari,
2+3=5 jawapan diberi;  
Musytari planet yang besar sekali,

Planet kelima dari matahari.

Planet keenam dari matahari,  
Planetnya pelik sekali;  
Zuhal nama yang diberi,  

Diberi gelang anggun sekali.

Pergi sekolah setiap hari,  
Belanja 50 sen diberi hari-hari;  
Planet Uranus nama diberi,  
Planet ketujuh dari Matahari.

Pergi sekolah rumah pun sunyi,  
Tiada orang hendak menyanyi;  
Neptun tak tahu ada penghuni,
Planet kelapan dari Matahari.

Dari pandangan biru bestari,  
Planet Pluto akhir sekali,  
Terletak jauh sekali,  
Dari lingkaran Matahari.

Latihan 1 

KAD TUGASAN

ALATAN : Kertas mahjong, gunting, gam, dan kertas warna.
ARAHAN :

  1. Kumpulan anda perlu menyiapkan satu model mengenai Sistem Suria 
    dengan bahan-bahan yang telah diberi.
  1. Tandakan satu titik di tengah kertas mahjong.
  1. Lukis lapan titik membujur mengelilingi titik tengah dan satu condong 
    sedikit daripada lapan titik membujur tersebut.
  1. Kemudian gunting kertas berbentuk sfera berlainan saiz dengan 
    menggunakan kertas pembalut berlainan warna.
  1. Lekatkan sfera berwarna merah di titik tengah mewakili Matahari.
  1. Kemudian bentangkan kepada kelas.

  

Latihan 2

1.  Daripada model yang dihasilkan oleh kumpulan anda, lukis satu Sistem Suria 
      yang lengkap dan namakan planet.  

 

2.      Namakan planet mengikut urutan.
i.                    ___________________              vi.        ____________________  

ii.
                  ___________________              vii.       ____________________  

iii.
                ___________________              viii.      ____________________  

iv.
                 ___________________              ix.        ____________________  

v.
                   ________________                       

 

Latihan 3

Suaikan planet-planet yang berikut mengikut urutan dari Matahari.

 

Jawapan : 
Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, 
Uranus, Neptun, Pluto

 

 

Latihan 4

Gariskan pada jawapan yang betul.  

1.Terdapat ( sembilan , sepuluh ) buah planet dalam Sistem Suria. 

2. Laluan planet-planet dalam Sistem Suria disebut ( bulatan , orbit ). 

3. Planet-planet ( memantulkan , menyerap ) cahaya Matahari. 

4. Musytari adalah planet yang ( terkecil , terbesar ). 

5. Matahari juga dianggap ( pusat , pusar ) bagi Sistem Suria.

 Jawapan : 
sembilan, orbit, memantulkan, terbesar, pusat


 

Latihan 5

Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Antara yang berikut yang, manakah menunjukkan susunan planet yang betul
  
mengikut  urutan dari Matahari?  

A.       Pluto, Neptun, Uranus, Zuhal.

B.       Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto.

C.       Zuhal, Neptun, Uranus, Pluto.

D.       Neptun, Zuhal, Uranus, Pluto.

        Jawapan : B

 

      2. Berdasarkan pasangan berikut, yang manakah tidak benar ?  

          A.   Pluto           -planet paling jauh dari Matahari. 

          B.   Musytari     - planet paling besar dalam Sistem Suria. 

          C.   Marikh       - planet yang terletak di antara Bumi dengan Musytari.  

          D.   Zuhal           - planet yang terletak di antara Uranus dengan Neptun. 

          Jawapan : D

 

 

      3. Antara yang berikut yang manakah bukan ahli Sistem Suria?  

A.         Orbit.

B.         Matahari.

C.         Sembilan buah planet.

D.         Jasad semulajadi seperti asteroid dan meteor.  

          Jawapan : A

 

       4. Planet yang disebut “ Bintang Pagi “ ialah …  

A.       Bumi.

B.       Zuhrah

C.      Zuhal.

D.      Marikh  

           Jawapan : B

 

5.  Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar ?  

A.       Laluan planet-planet  mengelilingi Matahari dipanggil orbit. 

    B.   Planet yang paling jauh mempunyai orbit yang paling kecil sekali. 

  C   Planet yang paling hampir dengan Matahari merupakan planet yang  
        mempunyai suhu paling panas. 

D   Semakin besar orbit semakin lama masa planet-planet mengelilingi  
     
Matahari.  

     Jawapan : B

   

 

Latihan 6

Padankan planet-planet yang berikut kepada penyataannya yang betul.

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR