Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  UPSR > Sains Bahan Arkib 2002
TIP PMR

Menyiasat Alam Kehidupan:   
Memelihara dan Memulihara Haiwan dan Tumbuhan

Bahan p&p

 

Lembaran Kerja (Latihan 2 - Soalan Struktur)

 

 

Tugasan kumpulan:Kepupusan haiwan dan tumbuhan adalah disebabkan oleh faktor-faktor fizikal dan juga biologi. Antara haiwan yang telah pupus ialah dinasour, burung dodo, gajah mamut (mammoth) dan sebagainya. Anda diminta berbincang dengan anggota kumpulan anda untuk menjawab soalan-soalan di bawah. Anda boleh menggunakan bahan-bahan rujukan seperti buku rujukan, ensiklopedia, internet dan sebagainya.

 

 

Soalan 

1.        Senaraikan berserta contoh kepentingan haiwan dan tumbuhan kepada manusia.

2.        Namakan haiwan-haiwan yang sudah pupus.

3.        Namakan haiwan-haiwan yang hampir pupus.

4.        Kepupusan haiwan dan tumbuhan adalah disebabkan beberapa faktor. Senaraikan faktor-faktor ini dan dengan memberikan contoh-contoh. Terangkan bagaimana faktor-faktor itu menyumbang kepada kepupusan haiwan dan tumbuhan  yang dinamakan.

5.        Ramalkan apa yang berlaku jika hutan dimusnahkan untuk tujuan pertanian, pembinaan empangan, pembangunan dan sebagainya. Sebagai seorang yang mencintai alam sekitar, berikan cadangan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar yang tiada ternilai harganya.

6.        Kebanyakkan haiwan pupus akibat daripada aktiviti manusia sendiri. Beri komen dan pendapat anda tentang penyataan ini.

 

 

 

 

Nota untuk guru:

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mempunyai elemen-elemen KBKK dan KBSB. Diselitkan juga elemen-elemen koperatif, kajian masa depan dan pembelajaran akses kendiri. Dijangkakan menjelang 2003, kurikulum sains sekolah rendah akan berubah wajah dan ciri-ciri pembelajaran berfikrah akan diberi penekanan. Guru harus menyesuaikan diri dengan pendekatan-pendekatan yang berpusatkan pelajar. Walaupun pendekatan-pendekatan ini nampak sukar dilaksanakan terutamanya bagi kelas-kelas yang lemah, namun kita harus fikirkan hak pelajar yang pintar untuk menimba ilmu bersesuaian dengan perkembangan dunia masa kini. Yang penting, guru harus merancang  dan menyesuaikan p&p dengan suasana dan tahap pelajar. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Jawapan Latihan 1 (Soalan Objektif)

1.         D

2.         C

3.         D

4.         C

5.         D

 

 



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR