Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  UPSR > Bahasa Melayu Bahan Arkib 2002
Penulisan

Kosa Kata : Sinonim

Mata Pelajaran

:

Bahasa Melayu

Tahun

:

6

Masa

:

60 minit

Tajuk

:

Kosa Kata : Sinonim

Hasil Pembelajaran

(Objektif)

:

Pada akhir proses pengajaran-pembelajaran, diberi bahan edaran, para pelajar dapat:

 

mencari erti kata ( sinonim) , membina ayat berdasarkan sinonim tersebut,  dan  menjawab soalan objektif yang berkaitan dengan sinonim dalam masa yang ditetapkan tanpa bantuan guru

Strategi Pengajaran

:

i.

ii.

Direktif - Penerangan

Koperatif - Kerja berkumpulan

 

Kemahiran

 

:

 

i.

 

ii.

iii.

iv.

 

 

Menjawab soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.

Membuat rujukan untuk mendapatkan maklumat.

Merujuk kamus untuk mencari makna perkataan

Menulis semula ayat-ayat berpandukan bahan 

edaran.

 

Penerapan Nilai

:

Bekerjasama

 

Kemahiran Generik

 

KBKK

 

i.

ii.

iii.

iv.

 

Menyelesaikan masalah

Membuat perkaitan

Mengeluarkan idea

Mengaplikasi

 

Kecerdasan Pelbagai

 

:

i.

ii.

iii.

iv.

Kecerdasan Berbahasa

Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Ruang/Imaginasi

Media Pengajaran

:

i.

ii.

iii.

iv.

 

Teka Silang Kata

Petikan Akhbar

Nota

Kertas Latihan

 

Pengetahuan Sedia Ada

:

Murid-murid telah pun mempelajari topik sinonim / kata seerti sebelum ini dan mengetahui kata seerti bagi perkataan-perkataan yang mudah.


Langkah/Masa

(Peristiwa Pengajaran)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Media Pengajaran

Kemahiran Generik

Guru

Murid

 

Set induksi

 

(10 minit)

(Menarik Perhatian)

(Mengimbau Pengetahuan Sedia Ada)

(Menyampaikan Objektif)

 

 

Permainan Teka Silang Kata

1.  Guru menunjukkan suatu teka silang kata.

2.  Guru menyuruh murid mengisi silang kata tersebut dengan kata seerti (sinonim) bagi perkataan yang diberikan sebagai pembayang.

3.  Guru memberikan jawapan dan mengaitkan permainan tersebut dengan topik pembelajaran.

 

1.  Murid melihat silang kata yang ditunjukkan oleh guru.

2.  Murid melengkapkan silang kata tersebut berpandukan pembayang yang diberikan.

3.  Murid mendengar penjelasan guru.

Teka Silang Kata

(Lampiran 1)

 

KBKK :

Menyelesaikan masalah

Membuat perkaitan

Mengeluarkan idea

Kecerdasan Pelbagai:

Berbahasa

Imaginasi/Ruang

Intrapersonal

 

 

Langkah 1

 

(20 minit)

 (Menyediakan Bahan Rangsangan)

(Menilai Pencapaian)

 

Mencari Kata Seerti (Sinonim)

 

1.  Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.

2.  Guru mengedarkan keratan akhbar kepada setiap kumpulan.

3.  Guru menyuruh setiap kumpulan mencari 10 perkataan dalam petikan akhbar itu berserta dengan sinonimnya.

 

 

1.  Murid-murid memasuki kumpulan masing-masing.

2.  Murid-murid berbincang untuk mencari kata seerti (sinonim) bagi perkataan-perkataan yang terdapat dalam petikan.

3.  Murid-muird merujuk kamus untuk mencari jawapan.

 

 

 Petikan akhbar

(Lampiran 2)

 

 

KBKK :

Menyelesaikan masalah

Mengeluarkan idea

 

Kecerdasan Pelbagai :

Berbahasa

Interpersonal

 

Langkah 2

 

(20 minit)

(Menampilkan Pencapaian)

(Menyediakan Bimbingan)

 

Pembentangan Hasil Kerja

 

1.  Guru mengarahkan wakil setiap kumpulan mengemukakan hasil kerja kumpulan.

2.  Guru memberikan maklum balas terhadap jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan.

3.  Guru memberikan beberapa contoh perkataan dengan sinonimnya.

 

1.  Wakil setiap kumpulan menyampaikan dapatan masing-masing.

2.  Murid-murid yang lain mendengar dengan teliti.

3.  Murid-murid mendengar ulasan dan penerangan guru.

 

Nota

(Lampiran 3)

 

KBKK :

Menyelesaikan masalah

Mengeluarkan idea

Kecerdasan Pelbagai:

Berbahasa

Nilai:

Bekerjasama

 

 

Langkah 3

 

(10 minit)

(Pengukuhan)

 

 

Latihan pengukuhan

 

Guru mengedarkan latihan berformat peperiksaan sebagai kerja rumah

 

Muird-murid menerima kertas latihan dan mematuhi arahan guru

 

Kertas latihan

(Lampiran 4)

 

KBKK :

Mengaplikasi

Kecerdasan Pelbagai:

Berbahasa

Intrapersonal

 


 



Muat turun templat Rancangan Mengajar dalam format MICROSOFT WORD.


Klik di sini untuk memindah terima dan mencetak muka surat ini dalam format PDF.

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR