Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  UPSR > Bahasa Melayu Bahan Arkib 2002
Tatabahasa

Tatabahasa :  Imbuhan juru-, pra-, tata-, -man, -wan, -wati

1.

Imbuhan juru-, pra-, tata-, -man, -wan, -wati digunakan untuk membentuk kata nama terbitan.

2.

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

3.

Imbuhan juru-, pra-, dan tata- dikenali juga sebagai awalan kerana terletak di depan kata dasar.

4.

Imbuhan -man, -wan dan -wati dikenali sebagai akhiran kerana letaknya di akhir kata dasar.

Contoh-contoh kata yang menggunakan awalan juru-, pra-, dan tata-.

Awalan

Kata Dasar

Awalan + Kata Dasar

Juru-

rawat

jururawat

teknik

juruteknik

bahasa

jurubahasa

latih

jurulataih

selam

juruselam

 

Awalan

Kata Dasar

Awalan + Kata Dasar

Pra-

sejarah

prasejarah

sangka

prasangka

kata

prakata

syarat

prasyarat

sekolah

prasekolah

 

Awalan

Kata Dasar

Awalan + Kata Dasar

Tata-

buku

tatabuku

bahasa

tatabahasa

cara

tatacara

tertib

tatatertib

kerja

tatakerja

Contoh-contoh kata yang menggunakan akhiran –man dan -wati

Akhiran

Kata Dasar

Kata Dasar + Akhiran

-man

seni

seniman

budi

budiman

 

Akhiran

Kata Dasar

Kata Dasar + Akhiran

-wan

harta

hartawan

usaha

usahawan

cendekia

cendekiawan

budaya

budayawan

juta

jutawan

 

Akhiran

Kata Dasar

Awalan + Kata Dasar

-wati

seni

seniwati

drama

dramawati

olahraga

olahragawati

peraga

peragawati

biara

biarawati

*   Akhiran -wati menyatakan makna bahawa orangnya ialah perempuan atau wanita.



Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR