Bahan disediakan oleh guru-guru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!
Nota
Latihan
P&P
Tip
Rancangan Mengajar
Bank Soalan

  UPSR > Bahasa Melayu Bahan Arkib 2002
Penulisan

Penulisan : Surat Kiriman Tidak Rasmi

Lampiran 1  

Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi

No. 46, Jalan Bunga Teratai,
Taman Mahkota,
47000, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

16 Febuari 2002. 

 

 

Menemui sahabatku Zaiton di Kuala Kangsar, semoga dalam keadaan sihat dan sejahtera. 

Saudari, 

    Apa khabar saudari dan keluarga di sana? Sudah hampir tiga bulan  lamanya saya tidak mendengar khabar tentang diri saudari. Rasa saya, saudari tentu sibuk menelaah pelajaran kerana peperiksaan sudah hampir tiba. Saya sentiasa mendoakan kejayaan saudari dalam peperiksaan tersebut.

   Di sini saya ingin menceritakan serba ringkas mengenai program Minggu Bahasa Malaysia yang baru saja selesai diadakan di sekolah saya. Rogram tersebut telah berlangsung selama seminggu, iaitu bermula dari 7 Februari hingga 14 Februari 2002. 

   Semasa program itu berlangsung, pelbagai acara yang menarik telah diadakan. Antaranya termasuklah kuiz bahasa, pertandingan mendeklamasikan sajak, pertandingan syarahan, perbahasan, dan sebagainya. Saya sendiri telah menyertai pertandingan syarahan dan berjaya mendapat tempat pertama.

   Sambutan yang diberikan oleh murid-murid di sekolah saya cukup menggalakkan. Sehubungan dengan itu, Guru Besara telah mengumumkan untuk menjadikan program Minggu Bahasa sebagai acara tahunan.

   Setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepada saudari. Saya berharap agar saudari dapat membalas surat saya ini serta menceritakan keadaan di sekolah saudari pula. Semoga kita berjumpa lagi. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,
Hana

Contoh Surat Kiriman Rasmi

Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Jaya,
Jalan Sentosa,
47100 Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur.

 

Pengurus,
Jabatan Pengarang,
Utusan Malaysia Berhad,
46M, Jalan Chan Sow Lin,
52000 Kuala Lumpur.                                                                                             18 April 2002.

Tuan, 

Memohon Kebenaran Melawat Jabatan Pengarang Utusan Malaysia 

Persatuan Kajian Tempatan sekolah kami akan melakukan lawatan ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur pada penghujung penggal kedua ini. Kami ingin mengambil kesempatan menganjurkan lawatan ke Jabatan Pengarang Utusan Malaysia. 

2. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat sendiri operasi penerbitan akhbar Utusan Malaysia. Para peserta akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang tugas-tugas wartawan, editor, dan para petugas lain yang terbabit dengan kerja-kerja penerbitan akhbar ini.   

Yang berikut ialah maklumat mengenai lawatan berkenaan:

Tarikh lawatan

:

21 Jun 2002

Masa

:

9.30 pagi

Hari

:

Selasa

Jumlah Pelajar

:

50 orang

Jumlah Guru Pengiring

:

10 orang

3. Sekiranya mendapat kebenaran pihak tuan, kami ingin melakukan lawatan ke Unit Portal Pendidikan Utusan dan Pusat Sumber. Kami berharap agar pihak tuan dapat menyediakan satu sesi penerangan dan soal jawab untuk murid-murid dan guru-guru yang menyertai lawatan kami. 

 Akhir kata, semoga permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan diucapkan ribuan terima kasih. 

Sekian. 

Yang benar, 

Ghani
...........................
(Ghani Salleh)
Setiausaha Kelab Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Jaya.

Lampiran 2

Lampiran 3  

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

Lampiran 4

Latihan 1

Lengkapkan surat kiriman di bawah ini dengan menggunakan format yang betul.

 

____________________
____________________
____________________
____________________

____________________

 

__________________,

 

    Menemui ayahanda dan bonda yang sedang berada di Ipoh, Perak. Diharapkan agar ayahanda dan bonda berada dalam keadaan yang baik sekali. 

Anakanda di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diharap keluarga di sana lebih-lebih lagi hendaknya. 

_____________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________ 
_______________________________________________________________.  

_____________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________.
 

    Sampai di sini yang dapat anakanda tuliskan. Akhir kata, sambutlah sembah salam daripada anakanda untuk ayahanda dan bonda . Sekian, terima kasih.   

       

 

___________________,

                                                                                                     

                                                                                       ……………………

Latihan 2 

Anda mendapat berita tentang kejayaan rakan anda dalam pelajaran. Tulis sepucuk surat untuk mengucapkan tahniah kepada rakan anda itu. Nyatakan rasa kagum anda dan bertanyalah tentang rahsia kejayaannya.

 

Cetak Muka Surat

 

TENTANG KAMI     |    HUBUNGI KAMI     |     PANDUAN       |     TERMA/SYARAT     |      CARIAN:

Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR

 

Portal Pendidikan Utusan 2001-2005 © Hak Cipta Terpelihara
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, KUALA LUMPUR