Permasalahan Warga Tua
Tatabahasa
: Penjodoh Bilangan
Nota
1.
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.
2.
Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3.
Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.
|
Penjodoh
Bilangan
|
Penggunaan
|
|
baris
|
Untuk
benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok,
orang dan sebagainya
|
|
batang
|
Untuk
benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
|
|
biji
|
Untuk
benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan
sebagainya
|
|
cucuk
|
Untuk
benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
|
|
das
|
Untuk
bunyi tembakan senapang atau meriam
|
|
ekor
|
Untuk
haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
|
|
gugus
|
Untuk
pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
|
|
ikat
|
Untuk
benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran,
dan sebagainya
|
|
jambak
|
Untuk
benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga,
anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
|
|
keping
|
Untuk
benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan
sebagainya
|
|
ketul
|
Untuk
benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan
sebagainya
|
|
laras
|
Untuk
senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
|
|
lembar
|
Untuk
benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
|
|
pasang
|
Untuk
benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan
sebagainya
|
|
sikat
|
Untuk
pisang
|
|
ulas
|
Untuk
isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
|
|
utas
|
Untuk
benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali,
dan sebagainya
|
Tip
Contoh
Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:
|
1.
(a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
peraturan
yang telah ditetapkan.
(salah)
(b) Setiap peserta
dikehendaki mematuhi
peraturan
yang telah
ditetapkan. (betul)
Penjelasan :
Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
digunakan bersama-sama
dengan kata bilangan.
|
|
2. (a)
Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
yang bernas. (salah)
(b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
bernas. (betul)
Penjelasan :
Penjodoh bilangan tidak diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak.
|
|
3. (a)
Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
di rambutnya. (salah)
(b)
Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di
rambutnya. (betul)
Penjelasan :
Penjodoh bilangan perlu digunakan
bersesuaian dengan konteks
ayat.
|
Cetak Muka Surat
|